Sunday, August 25, 2013

susah sekejap or lama - Itu bukan masalahnyaaa.

Assalamualaikum, hm lama dah tak update blog. Tak rajin sgt, sbb Yana pun banyak sgt kerja sekarang. hmmm Sekarang ni mcm mcm masalah yg datang menimpa, that y tajuk tu Susah sekejap or lama - dan itu bukan masalahnya. Yelah, bukan nak kata apa. Manusia yg ada masalah ini hanya tahu ambil jalan mudah. Cthnya : Mcm putus cinta. Rilex bradar. Baru putus cinta dgn manusia, bukan dgn Allah. Sebaik-baik jodoh itu adalah jodoh yg allah tetapkan pada kita sewaktu kita dalam rahim ibu lagi :) Cth lain : Masalah kewangan, Hell guys. Kenapa? Kita tak ada duit? Kita tak boleh hidup tanpa duit lah? Mcm tu? What taaa hell? Cer korg bandingkan diri korg dgn satu family yg memang sejak azalinya miskin tetapi kenapa dorg cukup jea makan, cukup jea pakai, siap anak2 dorg berjaya masuk U tuuuuu *pampampammmmmm! Apaaa? Dorg dapat bantuan daripada masyarakat? Ya Allah. Dorg dpt bantuan itu atas ehsan masyarakat kita bukannya mereka meminta-minta, dan mereka bekerja walaupun kerja mereka tak sebesar kita seperti CEO, Manager, or supervisor ke kan? Kenapa mereka boleh lagi hidup? Sbb mereka tahu, Allah ada bersama mereka tatkala mereka susah mahupun senang. Ada mcm kita? Bila senang sikit jea, lupa Allah, lupa asal kita, lupa segalanya. So agak2 Allah nak tolong kita ke?

Kadangkala, Yana sendiri bukan nak cakap 'Hello aku sempurna' dak dak dak. Yana pun lemah jugak, seringkali alpa dgn duniawi tapi alhamdulillah. Masih mampu ingt Allah. Masih mampu berkongsi harta dgn masyarakat dgn menderma, walaupun dalam wallet ada RM5 RM5 jea, tak salah kita kongsikan. Allah dah janjikan pada kita, sekiranya kita bersedekah insyaAllah, kita akan dapat dua kali ganda hanya kita perlu bersabar. Mungkin bukan sekarang, tetapi mungkin nanti disaat kita terdesak memerlukannya :)

So manusia, tak salah kita berkongsi apa yg kita ada kerana itu harta Allah. kita pun dipinjamkan olehnya seketika. Mungkin itu sahaja, Assalamualaikum.

Saturday, July 6, 2013

sambung part 'Sakit'

Assalamualaikum, dan selamat pagi. Arghhh, tak suka nya bangun pada pagi sabtu. haha sbb nya pagi sabtu ni sedapnya tidur dekat rumah tu haa. baru ahh best. Zzzzz. *teringat semasa tidur rumah kawan* hahaha okay okay, taknak cerita. Malu itew :3

Okay. Berbalik pada entry lepas cakap pasal sakitkan. haa after nama NurLyanna Bt Abd Aziz di panggil, yana pun pergi lah jumpa dok. heee bila dah masuk bilik fisiologi ni. Yana pun tak tahu nak buat apa dalam ni. Bosan, tapi bilik ni ceria. dgn Reben dia kat pintu sana sini. maaf lah mmg tak ada gambar sbb nya yana punya bybibi blackberry tak ada btry time tu. grr

Then, ada seorang Doktor. Doktor perempuan tau, nama dia doktor Anisa. Cantik orgnya, manis, bergaya dan dia pun sopan sgt. Dia cakap kenapa kaki, cakap lah kaki ni tak boleh menapak dgn lama. So tak dapat nak gerak sgt. Dia suruh berdiri dan dia tekan2 lah kat bahagian lutut nu. Sakit memang sakit, tapi nak baikkan.

Tetiba masa tu mata ni tertarik dgn seoramg pakcik. Kesihan tgok dia. Walaupun dia dah hilang kaki kanan, dia masih boleh buat terapi dan dia masih semangat. walaupun dia tahu dia tak akan dapat seperti dahulu kala. Hmmm

Macam nak nangis )'; hahha okay. Lepas tu dokt pun suruh buat itu buat ini. ikut kan ajaa. nak baik. Nanti 18 hb ada lagggggi. hmmm sabar~

Sampai sini sahaja, k Assalamualaikum.
Liyana Aziz.

Thursday, July 4, 2013

sakit

Assalamualaikum dan selamat malam.
Ehem, sengaja buat entry kali ni. Nak cakap, well makin lama makin sakit kaki kita ni. Tak tahu sakit apa, sampai nak cakap 'saya tak daya untuk mengerakkan kaki' haa itu lah yg terasa sekarang. Kaki ni lemah sgt sgt. Tak boleh berdiri terlalu lama, tak mampu untuk berjalan kuat dan tak mampu untuk bersila.

'See' makin teruk rasanya. Sebelum ni rasa, okay mungkin kaki ni lenguh-lenguh biasa. Tapi makin lama makin menjadi-jadi. Kebetulan, hari ni rajin. P ambil cuti, sbb sakit kaki ni melampau. Mak pun bising. So dalam keadaan terpaksa kena jugak cuti takut sakit ini melarat. Siapa tahu kan?

Tadi pun kita p lah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Itu paling dekat. Masuk tempat biasa jea, bila tiba num giliran terus p masuk bilik jumpa dokt. Then dah masuk bila sempat jugak lah usha bilik dokt sbb nya dia p mana tak tau. Keluar sat. So tunggu lah. Masa dekat luar, kita mmg mengharapkan mohon-mohon dokt perempuan yelahh kot kot dia nak mai selak seluar jeans kita ni kee sbb nak tgok kaki kan. Rupanya salah tekaan ni haaaa. hahaha seannn. Dokt lelaki rupanya haaaa. Sedikit hampa. Dokt tu nama Dokt Hairul. hee smpat jugak mata ni meleret kee tag name dia. hewhew

Dokt tu duduk dan cakap......

Doktor :   'Maaf saya lambat, saya pergi tandas tadi'.
Saya    :   'Oh takpe. Saya tak kesah pun.'
Doktor :   'Okay, now apa problem?'
Saya    :   'Saya sakit kaki, kebelakangan ni kaki saya tak mampu utk berdiri dgn lama, mahupun berjalan jauh.
Doktor :   'Awak pernah jatuh kea?'
Saya    :   'Saya banyak kali jatuh, saya kuat.'
Tetiba dia gelak. == Kita pun petak. haha tapi takpe. Dia nampak comel. HAHAHAHA
Doktor :   'Boleh saya tgok kaki awak?'
Saya    :   'Erm dokt panggilkan nurse lah biar dia tgok kan, tak manis saya rasa.
Doktor : 'Oh baiklah.'
Nasib baik dokt ni memahami. adakah ini jodoh? Hahaha
Nurse pun selak seluar kita dan ikut arahan dokt. Dia tekan itu sakit dia tekan ini sakit. hahaha memang sakit pun. Then dah selak sana sini. Dokt panggil suruh duduk dgn dia semula.
Doktor :   'Saya rasa saya past awak pada bilik Fisiologi lah.'
Saya    :   'Hah? kenapa pulak dokt nak past saya ke sana? Mcm teruk sgt jea kaki ni.'
Doktor :   'Awak jgn risau lah, kat sana semua dokt perempuan jadi mereka akan tgok kan kaki awak. Kestabilan kaki awak ni mcm mana.'
Saya    :   'Oh baiklah, tapi saya tak tahu kat mana.'
Doktor :  'Jgn lah risau, sat lagi awak p dgn nurse tadi tuu.'
Saya    :   'Haa baiklah dokt. Terima Kasih bnyk-bnyk.'
Ehem sempat buat lirikan senyuman yg manisssssssss. *tudiaaa. hahaha

Nurse bawak lah, sampai saja sana. Seram tak terkata, kenapa? *jeng jeng jeng*

Kebanyakkan mereka yg dirawat disitu adalah org tua dan excident. Saya ni dok naik bulu roma. haha
Nurse suruh duduk dulu, dan bila dah duduk ti mata ni meleret jea ke sana ke sini. Tertanya-tanya, bilik apa ni. Lawa tau dak. hahaha Tapi sayang, pesakit dia semuanya yg sakit diabetis, kaki patah atau kaki lumpur, bekas excident ataupun urat terseliuh. Hmmmmm.

Tiba-tibaaaa......

Cerita saya ni sambung lain kali lah. Tak larat duduk lama-2. Nak rehat~
Heee nantikan okay. tu sajaa.
Assalamualaikum.
Liyana Aziz.

Tuesday, July 2, 2013

Selepas saya 'pancit' .

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
*eceh eceh. bajet Isteri Perdana Mentiri gitu* hahaha
Hii guys, saja nak buat new entry. Ehem, tak sangka sgt. Tahu why kita tak sangka sgt? haha Alhamdulillah, zaman sekarang semua dah maju. Dah ramai yg minat untuk men'join'kan diri dalam bidang berblogging gitu. Bukan apa, tengok sekarang ni dah ramai sgt si Bloggers yg berjantinakan LELAKI. saya ulang~ Lelaki. hehe dulu masa saya first join dalam bidang blog ni. Adalah seciput dua tiga org jee lelaki tapi sekarang semua dah berblog. Alhamdulillah, itu menunjukkan zaman kita ni tak ketinggalan dgn media sosial.

Bukan itu sahaja *formal* kebanyakkan daripada mereka akan buat entry mengenai apa yg terjadi, sesuatu yg berlaku, jarang jugak kita nak jumpa lelaki mcm ni yg ada masanya mereka buat untuk berblog. Susah susah sbb lelaki kini lebih gemar habiskan masa dgn aktivity sukan, gamers, dan twitters serta facebookers. haha *Opsssss maaaaaf ler. heeeee

Okay what, bukan mudah nak cari. Lepas tu, rasanya dah ramai sangat akak akak kita yg comel comel tu berjinak0jinak dalam dunia novel. Hee okay, tahniah. *satu tepukan gemuruh buat anda* heeee ada jugak dalam hati ni nak jugak berjinak-jinak tapi kita takut itu hanya HANGAT-HANGAT TAHI AYAM  jee. Heee insyaAllah ada masa terluang nanti I will try :)

So lagi sekali nak cakap, well done guys. You did a great job. Mengembangkan diri, berkongsi cerita dan korg buat org rasa 'ekh aku nak jadi mcm dia.' 'ekh aku nak try mengekspirasikan diri aku seperti dia' 'ekh aku nak jadikan diri aku seperti dia, wahai si bloggers yg cute-cute' hehehe so thumb up dear ^^

Ahaaaaaaaa. Disini nak kongsi sikit, kita ni peluh main badminton tak habis lagi. Aha bau kat badan ni masih melekat tapi jgn risau. Masih wangiiii~ hewhew sedang asyik bermain badminton, dgn pelbagai gaya yg ditunjukkan akhir saya berjaya tewaskan Babah. HAHAHAHA MUHAHAHA WUHAHAHAHA *Gelak jahat* ehek alhamdulillah, i save my bajet. haha sebabnya siapa kalah kena belanja == Ohhhhhhh myy gush. so dgn rasa yg memberontak ni. taknak kalah tau :P heee main main main, menang akhirnya! Taraaaaaaaaa~ lepas dah menang tu memang pancit habis, nasib baik main depan rumah je sempat lah jugak berlari masuk ke rumah untuk minum air~ lalala. heeee then apabila dah menang, mulalah pancit. kuikkkkkk *jadi tak bunyi ni* hahaha can lah can lah~ Alhamdulillah, rasa selesa sgt. sbb time tgh main tadi stress sgt then after main rasa stress tu hilang serta merta, haaa so you alls. Kalau stress pergi ler bersukan. Memang boleh hilang~ haha

Okaylah you all. Dah jom mandi.
Aha, k Assalamualaikum.
Saya Liyana Aziz.
Muahhhhks.


Morning guys~

Assalamualaikum, hii dear. Alhamdulillah, kita masih bernafas lagi kan. Allah maha adil dan dia beri kita peluang untuk kita terus bernafas sampai sekarang kan dear? Hmm

Hmmm tak tahu kenapa masih 'mengeluh' sedangkan saya rasa pagi ni semuanya okay okay okay dan okay :3 Hmm hari ini terlewat sedikit sebab nya malam tadi tidur pukul 4.00am. kita tak dapat tidur lah sebab malam tadi dah tidur dulu. Grr tu yg lambat T.T

Tapi nasib baiklah masuk ke 'office' pukul 9.00am ada lagi staff yg tak masuk lagi. haha bahagia je hidup :) So enjoy jelah. Buat mcm tak bersalah. hahaha

Pagi tadi, masa bangun tidur harap awak akan text saya :')
Yes awak memang text tapi bahaskan masalah semalam. Hmm awak kena ingat kalau benar saya nak curang dgn awak pun saya dah buat since 2 tahun lepas tapi saya tak buat pun. Sbb saya sayang awak. Berapa kali entah saya nak tegaskan pada awak yg walaupun ada yg cuba untuk mengorat saya tetapi saya tak layan, okay lah kan? Saya minta maaf awak.

Saya yg bersalahkan, jadi saya minta maaf awak.
Saya tak beri harapan pada sesiapa pun.
Saya minta maaf.
Maafkan saya.
Ikhlas dari saya.
Nama saya Liyana Aziz.
Assalamualaikum~

Monday, July 1, 2013

Tonight :')

Assalamualaikum dan Hi semua. Selamat malam saya ucapkan. Alhamdulillah, kita dah masuk bulan JULAI. Assalamualaikum, Selamat datang Julai. Selamat Tinggal June :P

Hee sengaja jea haa nak buat entry baru malam ni, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin rindu pada 'Diary kedua' selepas diary yg sedia ada kat tangan saya ni haa. Okay, untuk this month kita akan menyambut bulan Ramadhan buat umat Islam. Alhamdulillah, dah sampai bulan Ramadhan lepas ni bulan Syawal pulak. Agak-agak dah ready? Dah kee? hee sempat jugak saya berbual dgn mak saya aka Mak Amy :3 

      'Mak, org dah habis ganti puasa tau. Bangga tak dapat anak mcm org? Hehehe' *sambil tayang gigi rabbit*

      'Sure kea dah ganti habis? Sure?'

      'Esh sure lah mak, kenapa? Mak dah ganti kee? hehehe'

      'Mak tak ponteng pun tahun lepas. So I dont think so' 
*sakit hati dengar mak cakap alaa alaa lelaki dalam 'Istanbul Aku datang' well, kita layan cerita tu dgn mak kita :3 Kita sweet kan? Hahaha

      'Erm yelah mak. I hope so, I hope this month kita berdua akan puasa penuh. Well kita dah besar. hahaha'

      'Well, mak akan. Tapi tak tahu lah kami mcm mana. Kamu kan sekejap sekejap mengadu 'Mak org penat lah' Mak org lapar' Mak org dahaga. grr'

      *Tudiaaaa, nampak tak mak kita mcm mana. See dia boleh perli bertempat pulak ==

      'Alaa mak ni. Bukan selalu pun sbb banyak2 anak mak hanya org kan mcm tu. So nampak tak org lah anak mak yg paling sweet? Hewhew'

      'Sweet apa nya? Anak yg ni mengada sgt tak kuasa mak nak layan'

     *so si anak pun berlalu dgn sedih, pedih dan nak nangis rasanya, hahaha saya pun tak mau dah cakap dgn mak, Geram~ 

Saya masuk lah bilik, lepas tu terfikir. 

Saya terfikir mengenai awak~
Hmm, awak buat apa ya sekarang? 
Agak-agak awak dah makan belum?
Agak-agak awak busy lagi?
Hmm, awak saya rindukan awak. 
Saya harap awak pun begitu~

Usha hp - Kita pakai hp BlackBerry je tau. Hp beli guna duit sendiri ni :3

Bukak lagu, apa tunggu lagi kan? 
- Broken Angel.
Lagu ni best, serius best. Lagu ni NAB yg suruh kita search kat 'youtube' so kita pun search lah :) Best sgt, sedih pun ada. Kalau tgok video lagu ni lagi sedih. Yelaa, korg bayangkan yaa. 

Kita dah lama couple dgn someone tu, tapi bila berlakunya perpisahan (Kemalangan) Kita akan berpisah dgn org kita sayang, tapi tak semudah itu untuk kita melepaskan dia pergi begitu sahaja kita perlu masa. Everyday akan nampak bayang dia jea. Tak ada bayang lain dah atau pun bayang diri sendiri. Hewhew. Then bila kita dah ada kehidupan baru dan bayang itu masih ikut kemana sahaja kita pergi mesti tak boleh jugak. Kita dah ada yg tersayang waktu tu tapi hati kita masih pada yg lama. Then, kita akan ingt dia, ingt kenangan bersama, dan kita akan menangisi apa yg telah terjadikan? Well. Kita sama perempuan, saya tau :P So sampai satu hari, kita dah give up untuk terus bersama atau terus mencintai si dia yg dah lama mati (Tak wujud lagi) kita pun akan rasa tersalahlah lemah dan kita akan buang semua kenangan bersama dan mungkin kita akan merelakan dia pergi untuk selamanya. Ha mcm tu lah lebih kurang. So moral dia, sayangi org yg ada didepan mata bukan bayang-bayang yg terus menghantui kita.

Mungkin itu sahaja dari saya,
Saya Liyana Aziz.
Assalamualailkum :)

Saturday, June 22, 2013

Sabtu

Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Okay. lama sgt dah tak berblogger ni,
MasyaAllah rindu.
Hewhew.
Nampak tak sesuatu yg berubah?
Nampak tak? 
hehehe
Sekarang dah kelihatan baru gituw blog kita,
hahah
Saja jea nak try blogskin ni haa.
Nampak simple and nice.
Mulanya aku try,
hmm
Susahnya 
rasa give up pun ada.
hahahahah
Tapi sorry lah, aku bukan org yg mudah give up
Siapa kenal aku dia tahu lah mcm mana perangai aku
hahah
Okay tak?
Rupanya guna blogskin ni,
memang banyak benda nak kena adjust.
Susah mulanya.
Tapi kena lah try,
kalau tak ry mana nak tahu kan?
Hee
So apa lagi.
Pergi lah donlod terusss :P

This night.

Assalamualaikum, selamat malam. Okay sekarang ni kenapa entah rajin sgt nak  buat entry baru. Mungkin sbb my ucuk beby Laptop dah pulang ketangan I gitu :P HAHAHA no lah, Hanya bergurau. Hari tu laptop aku ni aku hantar ke service. Sbb berat sgt dan aku dah rasa mesti ada virus ternyata betul. Grr lepas tu melayang-layang jugak duit aku RM110. grr ni nak marah ni haa. hahah tapi takpe. Sbb barang ni boleh guna lama, so kena jaga dan layan dgn baik :)

Okay, mungkin pada aku sekarang tarikan untuk buat new entry adalah sbb blog aku dah lawa. hee actually sbb aku pun pelik kenapa aku terlalu rajin untuk online. padahal aku masih tidak berpuas hati lagi sbb nya blog ni tak ada lagu. Caner aku nak tambah lagu ni. Grr 

Mohon ler sesiapa boleh tolong aku ya :) 
Please. okay mungkin itu sahaja, nak layan cerita aku bukan malaikat ni. HAHAHA 
Pelakon dia: Umie Aida.
K lah, Assalamualaikum :)

Friday, May 17, 2013

Perpisahan.

Assalamualaikum & Selamat Petang.
Alhamdulillah pada petang yg indah ni. 
aku dapat lagi menarik nafas lega walaupun.....
Cinta aku kali ini kecundang akhirnya.
:')
Tabah yana, tabah.
Takpe lah.
InsyaAllah aku akan dapat terima semua ni dgn hati yg terbuka.
Aku tidak mahu lagi untuk terus menyakiti antara satu sama lain.
Jadi.
Better aku diam dan aku pasrah.
Aku percaya satu hari nantu Allah akan beri aku jodoh yg terbaik.
Aku berserah.....
Aku mungkin akan beri mak abah untuk memilih siapa bakal suami aku.
Aku sudah pasrah....
Mungkin bercinta di alam perkahwinan lebih seronok.....
Aku redho.
Aku terima segalanya seadanya.....
Aku tak akan menyalahkan sesiapa dalam hal ini.
Sebab aku sendiri dah nampak,
Salah aku jugak.
Aku harus terima segalanya...
Semoga Allah membantu aku untuk belajar bersendirian
dan
semoga Allah mempertemukan jodoh aku dan dia dgn org yg lebih baik.
kata terakhir dari saya.
AWAK.
Awak yg bernama di atas kad pengenalan....
Waktu awak baca ni. 
Apa yg terlintas dihati saya adalah saya ingin......
Saya ingin memohon maaf di atas segala perkara yg telah saya buat pada awak.
Dengan awak saya belajar utk terus menghargai seorang yg istimewa, dgn awak saya mengenali mcm mana utk menyayangi seseorang yg bukan ada talian keluarga, dengan awak saya kenal apa itu cinta.
Awak.
Saya gembira sgt dgn awk.
Alhamdulillah, hampir tahun ketiga kita bersama.
Masuk je 25/may ni genab lah kita 3 tahun as a couple.
Tapi sayangggg.
Tak kesampaian jugakkan,
takpe lah.
Mungkin Allah tahu mana yg terbaik utuk kita.
Awak.
Lepas ni saya dah tak ada utk wish Morning dan dah tak ada dah org nak cakap pada awak jgn lupa solat.
Lepas ni awak dah kena belajar sendiri untuk hidup tanpa saya :)
Lepas ni jugak awak kena kuat utk terus tabah untuk awak berjaya.
Ye awak?
Kuatkan semangat dan teruskan usaha dalam pelajaran.
Banggakan mama :)
Jgn bimbang mengenai saya,
InsyaAllah saya okay.
Awak jgn nakal2.
Lepas ni, awak kena belajar utk menghargai perempuan yg menyayangi awak.
Maafkan saya andai saya tidak sempurna dimata awak.
Tapi saya cuba untuk sempurna.
Hmm
Maafkan saya,
Mulai detik ini.
Awak masa silam saya.
Dan awak.
Mungkin saya akan bagi mak abah utk decide siapa juga jodoh saya.
Awak jgn bimbang,
awak pasti dapat seseorang yg mampu utk terus bahagiakan awk 
:)
Ini sahaja dari saya.
Maafkan saya, Nana.
Assalamualaikum.



mungkin itu sahaja buat masa ni.
Ya Allah kurniakan kami jodoh yg baik baik.
Assalamualaikum.

Thursday, May 16, 2013

SI GEMUK YG BOSAN.

Assalamualaikum & Selamat Petang.
Hii semua.
Bosan nauzubillah aku cakap.
Aku even kerja pun terasa mcm tak ada benda nak buat sebab apa, tiada kerja.
Heheheh
erm.
Bosan.
Nak msg sesiapa pun aku tak tahu sbb sbb sbb sbb..........
BANYAK SEBABNYA.
hahaha
Okay actuallyyyyyy.
Hari sabtu ni, date 18.may.2013
Company aku dah buat trip dah weh.
Ke GENTINGGGGGGGGGGGG HIGHLANDDDDDDDDD!
Hahahaha
TETAPI.
Sayangnyaaaaaaaa!
movement byk pulak
Tal faham aku dgn costumer ni. 
Kita org dah bagitahu seminggu awal daripada date yg kita org nak jale jale.
So nak cakap yg masa date 18 & 19 tu kami tak dapat terima movement apa apa lah.
Ni tak, masih ada lagi yg tak reti faham bahasa Melayu.
Rasa geram pulak hati kita.
Sabaarrrr jelah. hmm
Hope sgt semua dapat join tak sedap lah kalau plan mula2 ramai2 lepas tu yg pergi hanya 4 org. 
Memang tak lah kawe nok g. hahaha


HOPE SGT SEMUA DAPAT JOIN. 
Assalamualaikum.

Sunday, May 12, 2013

LOVE STORY

ASSALAMUALAIKUM.
Hii Selamat Bekerja & Selamat Tengahari
Okay. Apa khabar semua?
Today entry kali ni,
Nak kongsi satu LOVE STORY.
Eceh eceh Mat Salleh gtu.
hehehe

Cerita ini berdasarkan cerita seorang Kakak yg aku cukup kenali :)
Dia cerita tentang keadaan percintaan adik perempuannya.
Dia sgt tabah org nyaaaaa!
Okay, ikuti ceritanya ya.

Nama akak ni Sarah.
Bf dia pulak nama Khai.
Apa yg aku tahu, perkenalan dorg ni melalui satu laman sesawang iaitu 
MYSPACE!
Pada mulanya, mereka hanya berchat dlm myspace.
lama kelamaan, mereka pun bertukar num hp. 
Sbb nya setiap kali mereka onl, si lelaki akan tunggu si perempuan utk onl.
Smpai lah si dia onl. 
*lama pun takpe.
Last2 dorg putuskan utk bertukar num hp.
Perkenalan mereka pun membawa sampai ke HP lah kiranya sekarang ni.
Alhamdulillah, wajah lelaki ni pun boleh tahan. kiranya sedap mata memandang.
lama lama mereka kenal.
Sampai masing2 dah kenal hati budi.
Even mereka dah dapat num dan mereka sering txt. 
Khai ada jugak cuba untuk menghubungi dalam HP mcm call lah.
Tetapi sayang, Sarah sering menolaknya kerana alasan dia pemalu sgt.
So Khai hanya mampu sabar dan mengalah je sbb dia dah sayangkan?

One day......
Mereka putuskan utk bercinta. 
Hubungan mereka kiranya dah IN LOVE and RELATION lah.
Lepas tuh.
Khai sering tanya kat Sarah, 
Apa sebenarnya yg awak harapkan dari saya?
Sarah jawab.
Saya mahu awak jadi suami saya, seorang ayah yg bakal memimpin keluarga saya.
Khai pun lega je dgr.
lama kelamaan,
hubungan mereka dah masuk tahun ke 5.
Khai pun umur dia makin lama makin tua.
Sarah pun sama.

Pada suatu malam,
Khai ada menyatakan hasrat pada Sarah untuk berjumpa.
Sbb dalam 5 tahun perhubungan mereka berdua,
sekali pun mereka tak pernah berjumpa mahupun bertentang mata.
Apatah lagi mendengar suara.
Khai pun cakap pada Sarah.
Awak, saya dah cakap pada Mak saya. 
Saya sudah bersedia utk hidup dan mati bersama awak. 
Tapi, izinkan saya berjumpa awak dahulu?
Boleh?
Sarah reply lambat sgt waktu itu.
Khai sabar lagi menanti.
Tetiba Khai terima satu msg.......
daripada SARAH.
Awak, maaflah. Saya tak bersedia lagi utk berjumpa dgn awak. Sbbnya saya malu.
Khai reply.
Awak, jgn lah bimbang. Saya akan terima awak seadanya. Keburukan awak mahupun ketidaksempurnaan awak.
Sarah reply.
Tapi......
Khai reply.
Awak. Saya tak kesah pun. Awak sayangkan saya kan? Sampai bila kita nak mcm ni? 
Saya dah rasa yg kita patot hidup bersama. Awak dah lama bersama dgn saya kan?
Saya nak sgt jumpa awak.
Saya nak melamar awak.
beri peluang saya utk jumpa awak? please sayang?
Sarah reply lambat......
15 minit kemudian....
Baiklah awak, saya setuju.
Demi hubungan bersama. saya terima.
Khai rasa happy sgt.
mereka dah plan date, tempat, masa dan pakaian.

Tasik Shah Alam.
11.00 am
Khai berbaju kemeja dan warna Biru 
Sarah berbaju kurung dan warna pink


11.00 AM
Khai text Sarah.
Awak kat mana sayang?
Sarah reply.
Saya dah ada di tasik. awak?
Khai reply.
Awak yg berbaju pink tu ke? 
Sarah reply.
Ya awak. Saya lah tu.
Akhirnya mereka bertemu depan2.
Khai terkejut.
Rupanya Sarah bisu.
Khai kecewa dgn semua ni.
Sarah hanya mampu senyum dan berserah pada takdir ketika itu.
Date mereka diakhiri dgn baik.

SAMPAI SAHAJA DIRUMAH.
Lama jugak Sarah tunggu Khai text dia.
Tapi tak ada pun satu txt dari Khai.
Sarah pun mulakan satu msg.
Awak?
Khai masih tak reply.
Sarah pun dah putus asa, mungkin kerana dia cacat. Khai tak dapat terima.
hmmm.
Sarah pun mengambil keputusan.
Dia hantar satu msg kepada Khai.
Awak. saya sedar yg saya tak sempurna. Saya bisu, saya tahu. Oleh kerana itulah saya tak mahu berjumpa awak. Saya tahu awak mungkin tak dapat terima saya. Saya akan pergi. Saya minta maaf dari awak. Saya harap awak akan gembira. Saya bukan yg terbaik utk awak. Saya cacat.Saya akan pergi selamanya dari hidup awak.
Assalamualaikum.
Sayu sahaja ketika itu.

Selang beberapa jam.
Satu msg dari Khai utk Sarah....
Awak?
Sarah tak reply.
Khai text lagi.
Awak. kenapa ni? Saya tak txt awak sbb saya ada kerja tadi. awak? Maaf lah. Saya kan dah janji. Saya akan terima awak seadanya. Tak kesah pun awak bisu. Tadi pun mama ada tanya saya. macam mana dah jumpa awak? Saya pun cakap, saya dah decide yg saya akan suruh mak saya hantar rombongan ke rumah awak. Awak okay?
Khai masih menanti keputusan dari Sarah.
Khai tetap msg Sarah.
Awak? Mana awak pergi ni? Awak, saya sayang awak lah. Saya akan terima awak seadanya.
Awak reply lah msg saya ni. 
Awak!
jgn buat saya mcm ni please?
Reply lah.
Khai masih menanti msg dari Sarah.
Selang beberapa jam.
Satu msg daripada no Sarah.
Maaf, saudara ni siapa? Saya kakaknya Sarah. Sarah dah pun pergi mengadap ilahi 3 jam lepas.
Dia excident.
Ada org langgar dia.
Khai yg terbaca msg tu, terus serta merta call num Sarah.
Ternyata....
Sarah betul2 sudah meninggal dunia selepas daripada balik berjumpa Khai. 
Khai rasa sgt down masa tu.
Kakak Sarah pun beri alamat rumah mereka dan 
Khai sendiri melihat satu anggota badan.
Suci bersih sahaja muka Sarah ketika itu.
Akhirnya...
Khai tak dapat menahan lagi.
Dia terus dakap mayat Sarah dan cakap.
Kenapa awak pergi tinggalkan saya? Saya terlalu sayang awak. 
Saya mahu awak menjadi isteri saya.


Sejak dari kematian Sarah, Khai jadi seorang yg pendiam dan dia lebih gemar habiskan masanya di Tasik tempat pertama kali dia bertemu Sarah.


Moral of the story.
Awak kata awak sayang, terus terang tentang kelemahan awak. Bukan menyembunyikannya, jika benar dia dapat terima segalanya itu bermaksud, dia seorang yg terbaik untuk awk. Dia jodoh terbaik. Jadi berterus terang adalah jalan yg paling mudah. InsyaAllah allah akan bantu untuk kekal kan hubungan tersebut. Jadi kawan2 bagi aku kisah akak ni mmg sedih sgt. Harap Allah permudahkan semua urusan jodoh kita ya. Amin.

Wednesday, May 8, 2013

Bosan.

Assalamualaikum dan Selamat Petang. hii dear.
Bosan sebenarnya, dah tak ada kerja 24 jam jelah nak onl. cewah poyo 24 jam. haha
hm, act aku tak keluar lunch lagi ni. hmm malas makan pun ada.
Aku tak tahu apa sakit aku sekarang, bila balik je kerja haa.
mata ni mula lah, nauzubillah ngantoknya tak ingt dunia.
Nak kata aku kerja banyak kat ofis tuh standart lah kerja kan.
Tapi entah, sampai mak pun cakap.
Larni aku tidur pun berdengkur dah. hahah
Segan, anak dara apa aku ni tak tahu. haha
Aku act tak de pun nak cakap banyak kerja, 
TAPI
mungkin sbb banyak fikir kot.
yelah. dalam ofis ni ada 5 org lelaki dan 3 perempuan.
Semua lelaki dalam ofis ni nak harapkan perempuan utk siapkan kerja.
PANAS LAH HATI INI kan?
hahah
Lepas tu kalau buat kerja tak betol, kalah dah merungutnya. 
Kalah perempuan. grr
 Sabar jelah. hmm

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Mengeluh panjang dak? haha
ikut pasaipa? hahaha
Btw, aku rindu someone yg sedang sibukkan diri dia dgn exam tu =='
Sabar lagi.
Larni dia dok exam, aku takmau dia dok repeat paper yg sama jah.
Jadi aku bagi dia masa, ruang dan kasih sayang. 
cewah.hahah
Hope dia okay dgn exam dia tu,
Hope dapat target result yg dia nak tu.
Dan
Aku harap dia dapat balik rumah nanti mama dia dok senyum kat dia :)
 Serius rindu awak sayang :')

k byee byee .
XOXO

 

Friday, April 5, 2013

sweet heart.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. hehe
Sengaja jea haa nak buat entry lagi, yela Aku dapat post entry masa kat Office jea sbbnya, Lappy aku yg comel loteh tuh adik aku yg Boyboy tu bawak balik kg. Well dia kata, 'Aku lebih memerlukannya kak' haha ayat dia minta kaki =..=


Okay lah. berbalik pada tajuk.
Mesti korg rasa eeee, dedik dedik jea kan nak buat entry pasal sweet heart. haha
Aku dedik sbb entah mungkin sbb dah terlalu lama pendam sampai tak mampu lagi nak tahan )';
IKIKIKI, gurau jea.

Aku rasa mcm aku jea yg ada couple, org lain tak ada couple sbb aku dapat rasa yg kita org mungkin dah tiada jodohnya lagi atau tiada keserasian bersama lagi. *cewah ayat, agak agak minta kaki dari korg tak? hihi* ^^
Aku penat lah, setiap masa nak bergaduh. Apa korg rasa? Patot kea aku lepaskan dia? Aku sayang dia tapi cuba korg fikir ini baru bercinta dan bergaduh sakan. Naik jugak lah periuk belanga, kuali dan Tong Gas malam tadi. hha

Ada yg tanya aku,
- Weh yana, aku tgok kau ni happy memanjang. Kau tak pernah sedih ke?
Aku pun reply.
- Hoi gila, kau ingt aku org gila hanya tahu gembira jea? haha *cepuk kepala dia* Aku mcm manusia biasa jugak selalu sedih, tapi aku cover. Aku simpan dalam dalam hati aku yg kecil tuh kat Almari aku lepas tu aku kunci guna mangga yg aku sering makan tu lepas tu aku telan dalam dalam dan aku buang dalam Bilik air. hahahaha

Tak tak, aku gurau je. hehe Aku pun ada perasaan sedih bukannya aku malaikat ataupun org utusan Allah yg tak pernah merasa apa apa, aku pun sering sedih bila hati kecil ini terluka. Tipu kalau aku cakap kalau aku tak rasa semua tu. Tapi apa aku buat, aku berjaya pendam.

Ada lagi yg bertanya.
- Kau pendam ni kau dapat apa? Puas ke? Baik kau menangis je. Lega.
Aku pulak reply,
- Kau ingat aku ni apa? Nak luah nak nangis bagai? Kan semua tu dah biasa. tak kan setiap kali hati ini terluka aku nak menangis dan menangis je? Boleh buta aku nanti, lepas tu tak akan ada dah org nak kat aku -..- kau nak? *cewah yg bertanya lelaki* hihi

Aku pun sering meluahkan apa yg aku rasa dgn menangis, tapi aku hanya terfikir kenapa aku perlu menangis? Sedangkan ini bukan aku, setiap kali dugaan dalam perhubungan aku ni tercalar kita org akan terus bergaduh. Mungkin bagi aku, aku rasa aku yg tak pernah untuk mengalah tetapi secara logik akal fikiran manusia berfikir kan? Aku setia, aku masih menunggu, dan aku masih mengharap. nampak? Oh tidak nampak lagi?

Semalam, 5-APRIL-2013
Aku tak tahu kenapa, masa aku solat lagi aku dah rasakan sesuatu. hmm
Aku tak dapat nak cakap pape, lepas jea aku selesai solat isyak malam tadi. Terdetik dalam hati nak menangis dan nak luahkan pada SI DIA yg MAHA ESA. sambil aku meluahkan segala yg tersurat dalam hatu ni, time tu jugak air mata aku mengalir. hmm )'; Tak tahu kenapa. Ada Redho, Aku pasrah. Ayat terakhir semalam bila berdoa. hmm

Mungkin itu sahaja setakat ini, aku sayang FAMIY, FRIENDS, and him.
Assalamualaikum.
XOXO
LIYANA AZIZ.

1st Giveaway by Nabihah Ahmad



Okay, hii dan Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Entry kali ini sengaja jea aku nak buat sbb terdetik kot kot akan ada ramai yg sudi berkunjung :) Btw sayang sekalian, aku tak kesah sgt pasal hadiah yg bakal diterima oleh aku, *cewah acah menang jea* hahahah KK, aku syor kan bagi SI JUNIOR BLOGGER yg baru nak manja manja dalam bidang ni, korg boleh lah join. Tanpa perlu guna I/C numb ataupun nama IBU DAN BAPA. haha *mcm mengundi* ehe

Okay, disini aku akan sertakan Syarat-syaratnya. Korang, tunggu apa lagi? Tak best tau, menang sorang2 apa kata kita share hadiah ramai2. hihi

KK. terus kepada syaratnya :)


♥ Korang kena buat satu Entry mcm aku buat ni. Tajuk kena lah 1st Giveaway by Nabihah Ahmad

♥ Korang kena Follow Cik Adik yg comel ni, Nama Dia NABIHAH AHMAD :) *dia comel* ekekek. dan syg sekalian, korang tgok syarat kat bawah tu kk :* MUAHH! hihi

♥ Korang kena COPY PASTE banner yg comel kat atas tu kat entry korg tau :* 

♥ Syarat belum habis, hihi Korang kena LIKE INI

♥ Lepas tuh tinggalkan Link Blog korg, tapi sayang sayang ku bukan link Blog tetapi Link Entry blog korang kat Cik Nabihah itu okay nabihahj0urnal


Senang bukan? Hadiah yg menanti korg sgt HEBAT tau, hihi. Moh ler kita Follow mengfollow :)

Disini aku ada sertakan SPONSER SPONSER yg aku rasa blog dorg comel comel mcm dorg jugak. Well, aku dah usha dulu. hihi

Antaranyaaaa ♥

♥ saidatulhafizah
♥ iehahfarihah
♥ secretofshaila *Blogger ni berniaga, comel comel.* haha
♥ tomato-putih   *Blogger ni suka TOMATO kot* hihi
♥ nasuhanass *Header dia comel* hihi
♥ ismy-maryam
♥ hananavalleycollection
♥ ccicutedollylicious *Blog dia comel tau* hihi

K semua? Dah buat mcm aku suruh? Belum? Kenapa belum? grr. Dah cepat buat. hihi

LOVE YOU.
XOXO
LIYANA AZIZ.




Blogger yg mencuit hati :*

Assalamualaikum dan Selamat Petang. hii sayang sayang sekalian, cewah mcm banyak pulak. haha tak tak gurau jea. Sayang tu mungkin ramai tapi si jantung hati ada satu jea :p hihi

Okay untuk post kali ini kan, sebenarnya saya nak cakap yg saya rasa sgt kagum melihat blogger blogger kita di malaysia yg rajin 24/7 mengupdate blog dorg. waaa rajinnya korg syg. Bukan setakat ini lah, nak cakap puji pujian sedikit pada Si Encik Encik lelaki yg sangat rajin mengupdate blog dorg sbb cer korg byk kan syg, lelaki sorang susah sgt nak menaip dan duduk depan lappy dan mengupdate bagai kan? apa dorg tahu hanya main game lepak dan bla blah bla. *cewah* hahaha dan aku rasa sgt kagum pada SI IBU IBU dan DADDY yg rajin sgt mengupdate blog dorg. Well. korg fikir ya. Mereka dah bekeluarga dan mereka daha da anak yg comel comel serta mereka ada tanggungjawab masing-masing kan? Sempat lagi update blog dorg serta letak gambar anak mereka atau pun life mereka :)

Bagi aku lah, semua blog yg aku pernah kunjung mmg sgt AWESOME sbb mereka bukan hanya remaja muda mudi seperti aku tetapi ada yg dah bekeluarga serta mempunyai anak anak dan Suami atau Isteri. Okay, mari aku berkongsi sedikit antara blog yg aku rajin sgt usha usha :)

Okay first BLOG cik APPLE kita . *aku tgh makan apple* hihi  http://semanisepal90.blogspot.com/

♥ Blog Cik Apple ni, aku rasa nama dia diberi kerana mungkin beliau suka makan apple. hihi

♥ Blog Cik Apple ni banyak tutorial. *ada kadang curi curi jek* maafkan saya. hihi

♥ Blog Cik Apple ni dah lama jugak aku tak kunjung tetiba bila dah kunjung dgr dgr dia dah bertunang :* shooooo sweeeeeett :* hihi (tak ada pun, hihi)

♥ Blog dia memberi manfaat yg banyak sgt pada blogger yg baru join mcm aku. acah acah JUNIOR BLOGGER gituuu, hihi

♥ Dan lastly. blog dia penuh dgn Segala DOODLE yg comel comel, hasil kerja dia serta bisnes dia. See pandaikan kaum HAWA sekarang berniaga? hehe

♥ Okay, ni last. haha Blog Cik Apple mmg cantik dan I hope satu hari nanti dia buatkan lah aku banner yg free, hahah *JK*


Okay blog yg seterusnyaaaa, hihi.
Okay blog ni, serius siapa yg tak pergi usha dan skodeng sgt sgt lah rugi sbb apaaaa, haa kena lah pergi usha sendiri. haha http://irinenadia.blogspot.com/ haa tu link dia. Pergi Usha cepat sbb best sgt. Seriusly.

♥ Okay first time aku bukak blog dia. Oh mai, semua yg dia type serta entry dia sgt menarik sgt sbb dia ada selitkan kisah percintaan dia, kenangan bersama Suami dia, serta latest Entry dia pasal make up during pregnant. *ECEH GITU*

♥ Bila korg baca, korg akan rasa bercinta ini indah dan korg akan dapat rasa berkawin lagi indah. *PADA YG PASRAH PADA CINTA* kikiki

♥ Masa dulu aku follow dia ni, masa tuh dia sedang bertunang. dan lama lama selepas itu aku bukak blog dia finally dia dah kahwin dgn Si Incik Tunang dia. Semua dia selitkan bersama, tak tinggal gambar sewaktu kawen dan tunang.

♥ Ya Allah, serius ckp. Masa first time follow dia dan baca semua entry dia. Sayu nyaaaa. sayu sgt. sbb dalam hati ni tak sabar nak jadi seorang isteri pada usia yg muda serta nak jadi Ibu :* hihi

♥ Lastly, aku rasa sgt best. Sbb dia jual produk kot tapi sayang aku tak pernah terbeli, haha nanti ya kak :)

♥ KkK, ni last ==' Aku harap dia selamat melahirkan Bayi dia yg pertama tu nanti ya :) HOPE HOPE HOPEEEE! semoga terus berbahagia dan semoga dapat jadi ibu dan isteri yg baik my dear :')


Okay. Seterusnyaaaaaaaa.
Aku rasa blog ini milik SI IBU jugak, hehe jap ni link >.< http://kechixx.blogspot.com/

♥ Aku rasa aku baru Follow blog Si Ibu kecik yg comel ni. hihi Seius dia comel, dgn tangkap gambar dgn anak boyboy dia. Tak silap aku nama beby boyboy dia Muslim kot. hihi

♥ Aku rasa teruja teruja dan teruja bila tgok blog ibu ibu yg ci=omel dan muda ni. Rasa nak cepat cepat. *ehem* hahaha

♥ Ibu kecil ni comel, apatah lagi kalau dia begambar dgn si comel dia yg nama muslim tuh. hihi Sweeeeeet! hihi

♥ Buat ibu kecil ni, teruskan berblog okay. hehe

♥ Buat Muslim, Mak Cik tunggu bila Muslim dah besar nanti k? hihi


seterusnyaaaaa. hihi
Aku rasa ramai sgt lah blogger sekarang sbb semuanya sgt rajin. Best best pulak tu blog dorg. hee sampai ada yg buat Enrty ajak bertanding lah, keep it up. Aku mmg tak lah nak join sbb segan lah. blog aku tak lawa ==' Serius, haha kita tak pandai nak edit sgt -..- Haha tapi aku rasa ni dah cukup kot tunggu ada sesiapa yg nak sponser kan diri sendiri utk bantu aku mengedit kot, hee.

K sayang sayang sekalian, Thanks again.

From me.

Liyana Aziz XOXO

Friday, March 22, 2013

Kawan baik saya :')

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua. Hmm
Alhamdulillah selamat dah aku luahkan masalah pada yg Esa. Terima Kasih ya Allah. Aku luah segala benda aku pada yg Esa. Hm adakah aku yg bersalah dalam hal kami? Sekarang terus terang aku katakan, aku sangat terluka dgn kau :) Sangat terluka.

K. Terima Kasih kerana selama ini kau sgt berkawan sgn aku sampai kau DELETE AKU DARI BBM CONTACT :) terima kasih tau, aku bersyukur tau. hmmm Aku tak faham apa masalah kau fatin. Apa dosa aku pada kau? Apa lagi untuk kali ini? APA?

Sebelum ni bukan sekali aku gaduh dgn kau tapi dah banyak kali, before ni aku gaduh dgn kau sebab aku rapat dgn ASHA. HELLO! what is your problem? Aku rapat dgn Asha pun itu boleh jadi masalah besar buat kau ke weh? Damn lah kau! Lepas tuh aku rapat dgn Kak fyza pulak kau tak puas hati, hey hati apa kau ni? Aku ni mmg dah tak boleh nak berkawan dgn org ke? Huh?!!

Dan sekarang aku tak boleh benci kau even kau dah benci aku dan buat byk salah pada aku. Please Fatin, fikir matang. Semua org sedang jaga hati kau, tetapi kau? Aku sgt sgt sgt sgt sedih. Thanks sgt! Aku hargai sgt weh. Mmg kau kawan terbaik :)

Aku tak sangka yg kau boleh buat tindakan macam ni. Thanks sangat. Aku boleh go die dari hidup kau. Kalau satu hari nanti kau dah sedar dari kesilapan kau, aku sanggup maaf kan kau dan terima kau sebagai kawan :)


Maaf dari aku.
XOXO-LA

Wednesday, March 20, 2013

KAWAN )';

Assalamualaikum dan Selamat Petang.
Hii semua, yaa tolong baca entry tuh. hihi Entry pasal kawan. hmmm
Aku tak faham lah, aku ni masih tak layak jadi kawan yg baik lagi ke? Aku ni teruk sgt ke sebagai kawan? Aku masih lagi tak cukup ke? Aku masih lagi tak ada bersama mereka ke? hmm tension lah aku mcm ni. Perangai tu cuba matang sikit. Tak boleh? Susah tahu susah! damn.

Hmm sorry k. mcm ni. Aku terus direct kepada Kawan aku yg sorg ni. Ni aku terus cakap nama dia okay! ****************** bte ******************* hmm aku tak faham lah, perangai tuh matang sikit. Kot kot kau terasa hati dgn aku ke apa ke kan, tak paayh treat org mcm ni weh. Haih cuba cakap kot kot dosa yg aku buat kat kau tuh besar sgt ke kan? Cakap je! Susah kalau dpt kawan yg menangis jea! hmm then buat hal sendiri. Fikir guna otak, awak dah besar. Okay? hmm

hmm entah lah awak. Aku malas nak cakap panjang, hanya aku boleh cakap. ingat tatkala kita dibawah, kawan jugak yg bakal bantu kita naik nanti. Aku sayang kau. hargai kau yg ada depan mata ini baik baik. K lah, Assaalamualaikum. Take care kawan.

XOXO-LA

Monday, March 18, 2013

KERJA

Assalamualaikum dan Selamat Petang :)
Hii semua, argh. Dalam entry kali ni nak cakap yg aku nak luahkan sesuatu. Hmm hmm. grr aku and the geng kena TALK TALK TALK dgn boss. Geram tak terhingga, grr tapi nasib baiklah boss saya okay jugak lah. Dia tak marah, cara dia cakap pun dia cakap lembut lembut dan dia cakap pun masih kira baik lagi lah. erk, aku tak kesah sgt bila kena tegur. Itukan satu dugaan dan satu cara boss nak ajar kita untuk tidak buat silap utk kali kedua. Awesome bukan? hee

Hmm sebenarnya kerja sini tak pressure tapi rasa mcm aumm aumm aummm sbb bila aku kena buat INVOICE PRIORITY dabn dah sent kat sana, mulalah salah invoicelah salah apa lah. Geram nauzubillah, aku ni okay lagi sebenarnya kalau mereka call aku direct cakap aku ada buat salah, ni tak. Mereka terus direct call boss. Ini geram tau, hee. Awak nak cari duit. Saya pun nak cari duit, tak salah kalau awak call saya dan nyatakan apa salah saya. Bukan reffer pada boss saya, dan bila benda ni jadi. Mulalah, semua stuff mood hilang melayang-layang. Geram geram geram. hee

Haih sabar jelah. sabar sabar, hee. Aku sebenarnya rindu my Linklink. Dia busy, malam tadi baru jea gaduh. Percaya atau tidak, aku akan gaduh lagi dgn dia malam ni. grr hahaha See dah boleh jangka tau. hee

*aghhhh, merecek recek air liur boss :/

*pekak lah ==''

*erk boss jgn marah please :'(


grr, so lepas ni just boleh cakap 'Yana, please lepas ni jgn buat salah lagi okay?' hmm sabar jea tau, hihih
K bye, Assalaamualaikum.
XOXO - LA

Thursday, March 14, 2013

Selamat Pagi Cinta ♥

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Sayang,
Hmmm sorry syg sbb pagi tadi I tak msg ataupun wish selamat pagi pada you pun itu kerana saya MERAJUK ! huh ! Geram tahu geram? Biar awak rasa )'; Awak tinggal saya semalam mcm tuh je. Tak kesah lah awak tgok buat apa pun, tetapi kalau taknak msg tuh beritahu saya sekurang kurangnya tak adalah saya tunggu. hmm tapi takpe lah. Saya dah lali dgn semua ni. Dah biasa. kan awak?

Note untuk awak !
' Dear awak '
Selamat Pagi, pergi kelas hati-hati sayang. even saya tak msg awak, tapi biarlah saya tenang dahulu. Saya tension sbb asyik saya yg kena menunggu. Berapa kali nak ingtkan pada awak pun saya tak tahu ==' Sayang, belajar belajar jugak. Tapi jgn lupa sarapan pagi ya syg. Saya tahu byk byk student kat tmpat awak tu mmg awak sorg jea yg paling paling paling SIBUK, Kan awak? Jawablah :* grr Awak nanti lepas saya dah reda saya msg awak okay, tapi saya rasa tak mungkin saya msg awak. Saya kan merajuk. Dah lah nak pujuk saya susah. hahaha Padan muka awak sbb bercinta dgn saya. hihi Awak saya kat office ni. Tak tahu nak buat apa. Bosan rasanyaaaa ==' Awak awak, teman lah saya. Ops lupa, saya tahu awak tiada masa. Masa awak kan EMAS. saya tak dapat nak AMBIL EMAS awak tuuu. *toleh muka* awak. rindu nya nak minta kiss :* erk saya tahu saya gatal. hihi Gurau je. Awak jaga diri tau. kalau satu hari ini awak tak dapat msg saya, hm takpe. Saya faham. Saya tak marah pun. Saya tahu awak sibuk. erm *tunduk muka* k lah awak. Itu jea note dari saya. *lambai tangan*


XOXO-LA

Si Jantung hati ♥

Assalamualaikum semua.

Fuh, letihnya. See aku masih di Office. Sengaja mensibukkan diri kerana bosan. hee
Duduk kat Office ni mmg tak buat kerja apa pun, duduk online jea kerja nya, weeeeee :3
Btw, tgok Title. SI JANTUNG HATI kau, hahaha
Okay, sebenarnya nak cakap yg aku gaduh dgn si jantung hati. hihi mengadakan kami. Nak gaduh lah pulak. hee Aku gaduh dgn dia bukan kerana apa. Hanya kerana dia sibuk Study dan aku pulak nak dia ada bersama aku. Mcm yg dia SERING lakukan adalah dia cakap ' Org nak msg dia ' dan aku pun msg dan layannnn. Tak sampai 10 minit msg dgn tetiba jea msg yg aku hantar pada dia berbunyi ' KRIKK KRIKK KRIKK '  geram tak terhingga!

Aku faham kalau dia cakap dia sibuk, tetapi dia tak kesian ke tgok aku ni duduk tunggu dia seperti TUNGGUL KAYU API ? Tak kesian ke awak? grr Sabar jea tau. Aku bukan minta apa, aku cuma minta kalau busy cakap busy tak payah msg aku buat sementara waktu pun boleh sbb aku faham. Ni bila dah aku merajuk, aku sakit hati baru lah nak minta maaf dan cakap tak buat lagi.

Sayang, aku tak kesah kau nak study. Sbb aku faham, kau student. Aku faham sgt tapi kau pun kena faham aku. Kau kena luangkan masa dgn aku jugak. Even kau busy, aku tak kesah. kau boleh buat kerja kau dulu, sekurang-kurangnya kau beritahu aku yg kau busy bukan buat aku tertunggu-tunggu. Sakit tau tak? Sakit! Sakit hati ini tak terhingga!

Sayang, awak dah besar dan bakal jadi TUA, jadi kita sama-sama lah jaga hubungan antara kita berdua. itu pun susah ke sayang? Susah? Saya tak minta RUMAH BESAR pun tau. Cuma minta MASA EMAS awak itu jea. Jadi sama-sama lah mengalah. Faham lah saya sikit =='

Awak suka ke tgok saya sedih? Awak suka ke tgok saya nangis? Awak suka ke tgok saya jadi kayu? Ekh! Takpe lah sayang, mungkin setakat ini sahaja dahulu. Saya harap sgt awak baca dan saya harap sangat awak sedar. Saya sayang awak! Jumpa kat rumah nanti. Tunggu saya balik kerja ya. LOVE YOU.
XOXO-LA