Sunday, September 30, 2012

Gundah Gulana :'3

Assalamualaikum, dan hai. Selamat Malam. Dah selesai menunaikan solat magrib kea semua? Kalau dah, Alhamdulillah. Hmm *keluhan berat* heeeeee

Okaylah, post kali ni mmg aku ada nak luahkan sesuatu. Sebenarnya selain dari aku luahkan dekat blog aku ni, aku akan luahkan pada diary aku :) Yeah, diary yg dah lama aku buat. Aku selalu luahkan didiary sbb aku rasa aku nak private, tapi apabila aku luahkan di Blog ni itu bermakna aku ada sesuatu yg aku nak luahkan dan beri dia baca dan tahu segalanya. Okaylah, sebenarnya aku cukop terasa. Tahu kenapa? Satu hari ini dia lansung tak msg aku. Aku akui pagi ada juga kami msg tapi sampai jam 0815 terus tiada msg dari dia. Apakah semua ini? Hmm aku bukan apa, aku cuma mahukan sesuatu yg aku nak dan aku tak paksa. Tapi ini kea segala yg dibalas?

Okaylah, pada mulanya aku berfikiran Positive. Aku fikir dia mungkin tak ada kredit :) Okay, sebenarnya selain dari berhubung dari Msg, apa salahnya kalau dia bagi tahu aku melalui LAMAN SESAWANG? hm aku onl fb satu lagi. aku onl dan nampak dia onl. Apa semua ini? Hmmm Aku cukop terasa. kalau ya pun kau nak pergi tinggalkan aku, jgn seksa aku dgn sebegini rupa. Aku dgn terkapai-kapai tunggu kau tapi kau? Hmmm

Setiap kali aku solat, akan aku selitkan sedikit doa untuk kau. Aku selalu berdoa, Ya Allah. Jika benar kau bukan jodoh ku, bawalah kau pergi dari hidupku dan temukanlah dia seorang perempuan yg lebih baik dari ku. Ya mungkin Allah telah makbulkan semua doaku. Aku sedih dgn cara kau yg begini. Aku betul betul mengharapkan kau disaat aku sendirian. Baru semalam kau bertanya pada aku, Janji jgn tinggalkan org? Ya Allah, apa semua ini? Kau dah buat aku terluka, apa salahnya kau bagi tahu aku dalam FB mahupun apa jua cara. Sungguh aku merinduikau. Aku amat amat memerlukan kau tatkala itu. Hmm aku bukan give up tunggu msg dari kau tapi cuba kau fikir siket apa perasaan aku.

Kalaulah kau tahu, aku sedang berupaya menjaga hubungan kita ni. Kalaulah kau tahu aku sdg berpura-pura sabar dgn kau. Kalaulah kau sedang tahu apa perasaan aku. Sungguh aku inginkan kau ada sentiasa bersama ku, Hmm takpe lah. Biarkan kau dgn dunia kau, hanya satu aku titipkan buat kau adalah doa ku. Agar kau sentiasa selamat disana. Jaga Diri mu sbb aku mungkin seorang yg tidak sempurna untuk menjaga mu. Aku merinduimu, jaga diri. Assalamualaikum.

Saturday, September 29, 2012

berhabuk :3

Assalamualaikum dan selamat malam. Lama dah aku biarkan blog aku berhabuk dgn segala mcm habuk dan virus yg sudah lama aku tak bersihkan :3 Yeah, katakan rindu pada blog comel ini :) Heeee

Okaylaa, lama dah aku tak talk, malam ni nak cakap yg aku saja je nak post benda yg suka suka. Okaylaa, mungkin ramai yg tertanya tanya, apa aku buat sekarang? Heee bila aku nak sambung belajar? kan? Dear mulot yg bertanya, dengar ya. Kalau anda sekadar bertanya okay, sesungguhnya aku terima tanpa banyak soal dah berbicara tetapi anda siap membuat satu benda yg aku rasa anda tak patot buat sbb masa depan saya, pelajaran saya adalah benda yg saya harus uruskan sendirian tanpa ada kata kata busuk dari mulot awak (; Okay. Sesungguhnya dari lubuk hati yg paling dalam aku mmg menginginkan untuk meneruskan pelajaran ku supaya aku tidak kelihatan sangat rendah dimata kau wahai manusia. Betul apa yg kau kata, tapi kau harus tahu bukan semua org terima apa yg kau katakan, dan kau sendiri bukan ahli keluarga aku yg terdekat bukan? Kau bukan sesiapa bagi aku bukan? Kau hanya seorang manusia yg hanya pandai menjawab dan membuat keputusan sendiri. kau tak sepatotnya begitu, kau faham kan? Aku punya seribu sbb kenapa aku tidak meneruskan pelajaran aku. bukan aku sengaja untuk tidak memajukan diri aku tetapi kau harus tahu aku bukan seorang manusia seperti kau. Kau harus faham itu manusia.

Okaylah, lupakan tentang manusia itu, Aku doakan yg terbaik buat dia. Bukan semua org sukakan dia dan dia perlu sedar apa kesalahan dia pada org juga bukan hanya tahu menyalahkan org dgn kesalahan dia :) Baiklah, selepas ini aku akan terus bekerja, meneruskan apa peluang buat diri ku :) Aku diberi peluang untuk menjaga dan bersama dgn anak anak Istimewa. Semua faham kan? Bukan semua org boleh lakukan seperti mana yg aku sedang alami. dan aku bersyukur sbb aku adalah kalangan yg bertuah sbb aku dapat merasa apa yg org lain tak dapat rasakan :) Alhamdulillah, mungkin Allah sudah menciptakan sesuatu yg baik buat aku. Amin, disini aku inginkan semua org sokong kerja mulia aku. insyaAllah, akan aku lakukan tugas ku dgn Ikhlas. Amin, jumpa di akhirat nanti. Assalamualaikum.