Assalamualaikum dan Hi semua. Selamat malam saya ucapkan. Alhamdulillah, kita dah masuk bulan JULAI. Assalamualaikum, Selamat datang Julai. Selamat Tinggal June :P
Hee sengaja jea haa nak buat entry baru malam ni, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin rindu pada 'Diary kedua' selepas diary yg sedia ada kat tangan saya ni haa. Okay, untuk this month kita akan menyambut bulan Ramadhan buat umat Islam. Alhamdulillah, dah sampai bulan Ramadhan lepas ni bulan Syawal pulak. Agak-agak dah ready? Dah kee? hee sempat jugak saya berbual dgn mak saya aka Mak Amy :3
'Mak, org dah habis ganti puasa tau. Bangga tak dapat anak mcm org? Hehehe' *sambil tayang gigi rabbit*
'Sure kea dah ganti habis? Sure?'
'Esh sure lah mak, kenapa? Mak dah ganti kee? hehehe'
'Mak tak ponteng pun tahun lepas. So I dont think so'
*sakit hati dengar mak cakap alaa alaa lelaki dalam 'Istanbul Aku datang' well, kita layan cerita tu dgn mak kita :3 Kita sweet kan? Hahaha
'Erm yelah mak. I hope so, I hope this month kita berdua akan puasa penuh. Well kita dah besar. hahaha'
'Well, mak akan. Tapi tak tahu lah kami mcm mana. Kamu kan sekejap sekejap mengadu 'Mak org penat lah' Mak org lapar' Mak org dahaga. grr'
*Tudiaaaa, nampak tak mak kita mcm mana. See dia boleh perli bertempat pulak ==
'Alaa mak ni. Bukan selalu pun sbb banyak2 anak mak hanya org kan mcm tu. So nampak tak org lah anak mak yg paling sweet? Hewhew'
'Sweet apa nya? Anak yg ni mengada sgt tak kuasa mak nak layan'
*so si anak pun berlalu dgn sedih, pedih dan nak nangis rasanya, hahaha saya pun tak mau dah cakap dgn mak, Geram~
Saya masuk lah bilik, lepas tu terfikir.
Saya terfikir mengenai awak~
Hmm, awak buat apa ya sekarang?
Agak-agak awak dah makan belum?
Agak-agak awak busy lagi?
Hmm, awak saya rindukan awak.
Saya harap awak pun begitu~
Usha hp - Kita pakai hp BlackBerry je tau. Hp beli guna duit sendiri ni :3
Bukak lagu, apa tunggu lagi kan?
- Broken Angel.
Lagu ni best, serius best. Lagu ni NAB yg suruh kita search kat 'youtube' so kita pun search lah :) Best sgt, sedih pun ada. Kalau tgok video lagu ni lagi sedih. Yelaa, korg bayangkan yaa.
Kita dah lama couple dgn someone tu, tapi bila berlakunya perpisahan (Kemalangan) Kita akan berpisah dgn org kita sayang, tapi tak semudah itu untuk kita melepaskan dia pergi begitu sahaja kita perlu masa. Everyday akan nampak bayang dia jea. Tak ada bayang lain dah atau pun bayang diri sendiri. Hewhew. Then bila kita dah ada kehidupan baru dan bayang itu masih ikut kemana sahaja kita pergi mesti tak boleh jugak. Kita dah ada yg tersayang waktu tu tapi hati kita masih pada yg lama. Then, kita akan ingt dia, ingt kenangan bersama, dan kita akan menangisi apa yg telah terjadikan? Well. Kita sama perempuan, saya tau :P So sampai satu hari, kita dah give up untuk terus bersama atau terus mencintai si dia yg dah lama mati (Tak wujud lagi) kita pun akan rasa tersalahlah lemah dan kita akan buang semua kenangan bersama dan mungkin kita akan merelakan dia pergi untuk selamanya. Ha mcm tu lah lebih kurang. So moral dia, sayangi org yg ada didepan mata bukan bayang-bayang yg terus menghantui kita.
Mungkin itu sahaja dari saya,
Saya Liyana Aziz.
Assalamualailkum :)
No comments:
Post a Comment