Tuesday, July 17, 2012

Assalammualikum dan selamat malam semua, hee. Buat apa tu? Aku tgah Onl Facebook, Twitter, dan NP (shaheizy Sam & Yana Samsudin / Beginilah caranya ) hee.


Okay, post kali ni agak seram sedikit >.< hee aku pun sedang mermang bulu ni nak becerita tetapi ini lah fakta yg berlaku di dunia kita dan dalam kehidupan seharian kita. huh >.< okay laa. Buat masa sekarang ni mmg aku belum lagi jumpa tapi mungkin akan datang. Tapi sebenarnya aku mohon sgt tak nak jumpa. Sbb aku ni lemah semangat. Jenis cepat lemah bila terkejut. Mula lah jantung aku 24 hours tak berhenti berdetup detup. haha Mungkin bagi korg benda ni tahyul, tapi tak bagi aku sbb aku sendiri percaya yg benda ni wujud walaupun aku tak pernah nampak atau jumpa.


Okay laa. Aku becerita ni bagi pengalaman yg aku dapat bila dengar cerita Makcik Zanah yg satu tempat kerja dgn aku dan dia pun sebagai PPM. Dah lama jugak dia jadi PPM ni, kerja Kami sbgai PPM ni kena balik pukul 4 petang tau, so kiranya after semua cikgu balik baru kami boleh balik. Then pernah sekali tuh , dia bercerita ni masa dia menjadi PPM di Negeri Sembilan. Haa kebetulan dia ada banyak kerja yg perlu disiapkan, jadi dia membuat keputusan untuk siapkan kerja tuh hari tuh jugak. Masa demi masa berlalu sampaikan dah senja. Masa dia buat kerja tuh, betul betul depan dia ada gambar Snow White dan ada tulisan Mari Menari. Dengan tiba tiba dia nampak Snow White tuh menari depan dia. Haa apa lagi. Dia lemparkan semua barang yg ada atas meja dia tuh. Huh aku yg dengar cerita ni, dah meremang meremang bulu. Huh takuttt >.< Lepas tuh aku tanya dia, kenapa tak lari atau tak baca apa apa ayat? Dia cakap, nak lari kaki dia berat. Nak baca ayat, masa tuh satu ayat pun dia tak ingat. Hish seram aku. Tuh kira betul laa, sbb aku ada jugak dengar. Kalau kita lukis sesuatu yg sudah sempurna bentuknya di dinding mahupun dimana. Benda tuh akan hidup, jadi dari cerita Makcik Zanah ni jadi benda tuh mmg ada. Huh


Ada lagi yg dia sempat cerita kat aku >.< masa tuh dia baru jea lagi bekerja disekolah tuh. Jadi org org dalam tuh dia masih tidak kenal sepenuhnya. Haa ada satu hari tuh, dia naik ke bilik Komputer. Sampaikan jadi Ralat buat kerja. Tiba tiba ada seorang perempuan muda sapa dia. Tanya dia org baru atau apa. Dalam sibuk berborak dan menyiapkan kerja ni. Dia tak perasan muka perempuan muda tuh , lalu dia bertanya kepada perempuan tuh. Akak ni duduk mana? Perempuan tuh pun jawab laa. Depan tuh jee. Perempuan tuh tunjuk kearah semak samun. Jadi Makcik ni tak tahu laa, kot kot ada rumah kea kat dalam semak samun tuh. After tuh dia keluar bilik tuh seperti biasa. Dia pun bertanya pada Pakcik Guard. Pakcik, ada tak staf muda perempuan yg berambut kerinting? Atau perempuan lalu kat atas?  Pakcik tuh pun hairan, mana ada perempuan yg macam tuh kat sekolah ni. Pastu Makcik tuh pun tanya, ada tak rumah dekat semak samun tuh? Lagi laa menakutkan bila Pakcik tuh jawab. Haa rumah apa? Kat belakang semak samun tuh ada bukit. Dekat bukit tuh tanah perkuburan. Haaaa??? Terkejut beruk masing masing. Aku yg dengar ni. Semua bulu dah meremang. Huh. Seramnyaaaaaa >.< kalau aku laa kat tempat Makcik tuh mmg aku resign sbb aku tak kuat . huh


Haa macam mana kawan kawan? Benda ni mcm tak logikkan? Tapi sebenarnya ini fakta. haha kay laa. Mungkin itu sahaja untuk malam ni. Mine pun dah ajak tidor, haa mungkin penat sangat kot dia tuh. K selamat malam. Sweet dream. Daaa. Assalamualaikum.

No comments: