Friday, May 17, 2013

Perpisahan.

Assalamualaikum & Selamat Petang.
Alhamdulillah pada petang yg indah ni. 
aku dapat lagi menarik nafas lega walaupun.....
Cinta aku kali ini kecundang akhirnya.
:')
Tabah yana, tabah.
Takpe lah.
InsyaAllah aku akan dapat terima semua ni dgn hati yg terbuka.
Aku tidak mahu lagi untuk terus menyakiti antara satu sama lain.
Jadi.
Better aku diam dan aku pasrah.
Aku percaya satu hari nantu Allah akan beri aku jodoh yg terbaik.
Aku berserah.....
Aku mungkin akan beri mak abah untuk memilih siapa bakal suami aku.
Aku sudah pasrah....
Mungkin bercinta di alam perkahwinan lebih seronok.....
Aku redho.
Aku terima segalanya seadanya.....
Aku tak akan menyalahkan sesiapa dalam hal ini.
Sebab aku sendiri dah nampak,
Salah aku jugak.
Aku harus terima segalanya...
Semoga Allah membantu aku untuk belajar bersendirian
dan
semoga Allah mempertemukan jodoh aku dan dia dgn org yg lebih baik.
kata terakhir dari saya.
AWAK.
Awak yg bernama di atas kad pengenalan....
Waktu awak baca ni. 
Apa yg terlintas dihati saya adalah saya ingin......
Saya ingin memohon maaf di atas segala perkara yg telah saya buat pada awak.
Dengan awak saya belajar utk terus menghargai seorang yg istimewa, dgn awak saya mengenali mcm mana utk menyayangi seseorang yg bukan ada talian keluarga, dengan awak saya kenal apa itu cinta.
Awak.
Saya gembira sgt dgn awk.
Alhamdulillah, hampir tahun ketiga kita bersama.
Masuk je 25/may ni genab lah kita 3 tahun as a couple.
Tapi sayangggg.
Tak kesampaian jugakkan,
takpe lah.
Mungkin Allah tahu mana yg terbaik utuk kita.
Awak.
Lepas ni saya dah tak ada utk wish Morning dan dah tak ada dah org nak cakap pada awak jgn lupa solat.
Lepas ni awak dah kena belajar sendiri untuk hidup tanpa saya :)
Lepas ni jugak awak kena kuat utk terus tabah untuk awak berjaya.
Ye awak?
Kuatkan semangat dan teruskan usaha dalam pelajaran.
Banggakan mama :)
Jgn bimbang mengenai saya,
InsyaAllah saya okay.
Awak jgn nakal2.
Lepas ni, awak kena belajar utk menghargai perempuan yg menyayangi awak.
Maafkan saya andai saya tidak sempurna dimata awak.
Tapi saya cuba untuk sempurna.
Hmm
Maafkan saya,
Mulai detik ini.
Awak masa silam saya.
Dan awak.
Mungkin saya akan bagi mak abah utk decide siapa juga jodoh saya.
Awak jgn bimbang,
awak pasti dapat seseorang yg mampu utk terus bahagiakan awk 
:)
Ini sahaja dari saya.
Maafkan saya, Nana.
Assalamualaikum.



mungkin itu sahaja buat masa ni.
Ya Allah kurniakan kami jodoh yg baik baik.
Assalamualaikum.

Thursday, May 16, 2013

SI GEMUK YG BOSAN.

Assalamualaikum & Selamat Petang.
Hii semua.
Bosan nauzubillah aku cakap.
Aku even kerja pun terasa mcm tak ada benda nak buat sebab apa, tiada kerja.
Heheheh
erm.
Bosan.
Nak msg sesiapa pun aku tak tahu sbb sbb sbb sbb..........
BANYAK SEBABNYA.
hahaha
Okay actuallyyyyyy.
Hari sabtu ni, date 18.may.2013
Company aku dah buat trip dah weh.
Ke GENTINGGGGGGGGGGGG HIGHLANDDDDDDDDD!
Hahahaha
TETAPI.
Sayangnyaaaaaaaa!
movement byk pulak
Tal faham aku dgn costumer ni. 
Kita org dah bagitahu seminggu awal daripada date yg kita org nak jale jale.
So nak cakap yg masa date 18 & 19 tu kami tak dapat terima movement apa apa lah.
Ni tak, masih ada lagi yg tak reti faham bahasa Melayu.
Rasa geram pulak hati kita.
Sabaarrrr jelah. hmm
Hope sgt semua dapat join tak sedap lah kalau plan mula2 ramai2 lepas tu yg pergi hanya 4 org. 
Memang tak lah kawe nok g. hahaha


HOPE SGT SEMUA DAPAT JOIN. 
Assalamualaikum.

Sunday, May 12, 2013

LOVE STORY

ASSALAMUALAIKUM.
Hii Selamat Bekerja & Selamat Tengahari
Okay. Apa khabar semua?
Today entry kali ni,
Nak kongsi satu LOVE STORY.
Eceh eceh Mat Salleh gtu.
hehehe

Cerita ini berdasarkan cerita seorang Kakak yg aku cukup kenali :)
Dia cerita tentang keadaan percintaan adik perempuannya.
Dia sgt tabah org nyaaaaa!
Okay, ikuti ceritanya ya.

Nama akak ni Sarah.
Bf dia pulak nama Khai.
Apa yg aku tahu, perkenalan dorg ni melalui satu laman sesawang iaitu 
MYSPACE!
Pada mulanya, mereka hanya berchat dlm myspace.
lama kelamaan, mereka pun bertukar num hp. 
Sbb nya setiap kali mereka onl, si lelaki akan tunggu si perempuan utk onl.
Smpai lah si dia onl. 
*lama pun takpe.
Last2 dorg putuskan utk bertukar num hp.
Perkenalan mereka pun membawa sampai ke HP lah kiranya sekarang ni.
Alhamdulillah, wajah lelaki ni pun boleh tahan. kiranya sedap mata memandang.
lama lama mereka kenal.
Sampai masing2 dah kenal hati budi.
Even mereka dah dapat num dan mereka sering txt. 
Khai ada jugak cuba untuk menghubungi dalam HP mcm call lah.
Tetapi sayang, Sarah sering menolaknya kerana alasan dia pemalu sgt.
So Khai hanya mampu sabar dan mengalah je sbb dia dah sayangkan?

One day......
Mereka putuskan utk bercinta. 
Hubungan mereka kiranya dah IN LOVE and RELATION lah.
Lepas tuh.
Khai sering tanya kat Sarah, 
Apa sebenarnya yg awak harapkan dari saya?
Sarah jawab.
Saya mahu awak jadi suami saya, seorang ayah yg bakal memimpin keluarga saya.
Khai pun lega je dgr.
lama kelamaan,
hubungan mereka dah masuk tahun ke 5.
Khai pun umur dia makin lama makin tua.
Sarah pun sama.

Pada suatu malam,
Khai ada menyatakan hasrat pada Sarah untuk berjumpa.
Sbb dalam 5 tahun perhubungan mereka berdua,
sekali pun mereka tak pernah berjumpa mahupun bertentang mata.
Apatah lagi mendengar suara.
Khai pun cakap pada Sarah.
Awak, saya dah cakap pada Mak saya. 
Saya sudah bersedia utk hidup dan mati bersama awak. 
Tapi, izinkan saya berjumpa awak dahulu?
Boleh?
Sarah reply lambat sgt waktu itu.
Khai sabar lagi menanti.
Tetiba Khai terima satu msg.......
daripada SARAH.
Awak, maaflah. Saya tak bersedia lagi utk berjumpa dgn awak. Sbbnya saya malu.
Khai reply.
Awak, jgn lah bimbang. Saya akan terima awak seadanya. Keburukan awak mahupun ketidaksempurnaan awak.
Sarah reply.
Tapi......
Khai reply.
Awak. Saya tak kesah pun. Awak sayangkan saya kan? Sampai bila kita nak mcm ni? 
Saya dah rasa yg kita patot hidup bersama. Awak dah lama bersama dgn saya kan?
Saya nak sgt jumpa awak.
Saya nak melamar awak.
beri peluang saya utk jumpa awak? please sayang?
Sarah reply lambat......
15 minit kemudian....
Baiklah awak, saya setuju.
Demi hubungan bersama. saya terima.
Khai rasa happy sgt.
mereka dah plan date, tempat, masa dan pakaian.

Tasik Shah Alam.
11.00 am
Khai berbaju kemeja dan warna Biru 
Sarah berbaju kurung dan warna pink


11.00 AM
Khai text Sarah.
Awak kat mana sayang?
Sarah reply.
Saya dah ada di tasik. awak?
Khai reply.
Awak yg berbaju pink tu ke? 
Sarah reply.
Ya awak. Saya lah tu.
Akhirnya mereka bertemu depan2.
Khai terkejut.
Rupanya Sarah bisu.
Khai kecewa dgn semua ni.
Sarah hanya mampu senyum dan berserah pada takdir ketika itu.
Date mereka diakhiri dgn baik.

SAMPAI SAHAJA DIRUMAH.
Lama jugak Sarah tunggu Khai text dia.
Tapi tak ada pun satu txt dari Khai.
Sarah pun mulakan satu msg.
Awak?
Khai masih tak reply.
Sarah pun dah putus asa, mungkin kerana dia cacat. Khai tak dapat terima.
hmmm.
Sarah pun mengambil keputusan.
Dia hantar satu msg kepada Khai.
Awak. saya sedar yg saya tak sempurna. Saya bisu, saya tahu. Oleh kerana itulah saya tak mahu berjumpa awak. Saya tahu awak mungkin tak dapat terima saya. Saya akan pergi. Saya minta maaf dari awak. Saya harap awak akan gembira. Saya bukan yg terbaik utk awak. Saya cacat.Saya akan pergi selamanya dari hidup awak.
Assalamualaikum.
Sayu sahaja ketika itu.

Selang beberapa jam.
Satu msg dari Khai utk Sarah....
Awak?
Sarah tak reply.
Khai text lagi.
Awak. kenapa ni? Saya tak txt awak sbb saya ada kerja tadi. awak? Maaf lah. Saya kan dah janji. Saya akan terima awak seadanya. Tak kesah pun awak bisu. Tadi pun mama ada tanya saya. macam mana dah jumpa awak? Saya pun cakap, saya dah decide yg saya akan suruh mak saya hantar rombongan ke rumah awak. Awak okay?
Khai masih menanti keputusan dari Sarah.
Khai tetap msg Sarah.
Awak? Mana awak pergi ni? Awak, saya sayang awak lah. Saya akan terima awak seadanya.
Awak reply lah msg saya ni. 
Awak!
jgn buat saya mcm ni please?
Reply lah.
Khai masih menanti msg dari Sarah.
Selang beberapa jam.
Satu msg daripada no Sarah.
Maaf, saudara ni siapa? Saya kakaknya Sarah. Sarah dah pun pergi mengadap ilahi 3 jam lepas.
Dia excident.
Ada org langgar dia.
Khai yg terbaca msg tu, terus serta merta call num Sarah.
Ternyata....
Sarah betul2 sudah meninggal dunia selepas daripada balik berjumpa Khai. 
Khai rasa sgt down masa tu.
Kakak Sarah pun beri alamat rumah mereka dan 
Khai sendiri melihat satu anggota badan.
Suci bersih sahaja muka Sarah ketika itu.
Akhirnya...
Khai tak dapat menahan lagi.
Dia terus dakap mayat Sarah dan cakap.
Kenapa awak pergi tinggalkan saya? Saya terlalu sayang awak. 
Saya mahu awak menjadi isteri saya.


Sejak dari kematian Sarah, Khai jadi seorang yg pendiam dan dia lebih gemar habiskan masanya di Tasik tempat pertama kali dia bertemu Sarah.


Moral of the story.
Awak kata awak sayang, terus terang tentang kelemahan awak. Bukan menyembunyikannya, jika benar dia dapat terima segalanya itu bermaksud, dia seorang yg terbaik untuk awk. Dia jodoh terbaik. Jadi berterus terang adalah jalan yg paling mudah. InsyaAllah allah akan bantu untuk kekal kan hubungan tersebut. Jadi kawan2 bagi aku kisah akak ni mmg sedih sgt. Harap Allah permudahkan semua urusan jodoh kita ya. Amin.

Wednesday, May 8, 2013

Bosan.

Assalamualaikum dan Selamat Petang. hii dear.
Bosan sebenarnya, dah tak ada kerja 24 jam jelah nak onl. cewah poyo 24 jam. haha
hm, act aku tak keluar lunch lagi ni. hmm malas makan pun ada.
Aku tak tahu apa sakit aku sekarang, bila balik je kerja haa.
mata ni mula lah, nauzubillah ngantoknya tak ingt dunia.
Nak kata aku kerja banyak kat ofis tuh standart lah kerja kan.
Tapi entah, sampai mak pun cakap.
Larni aku tidur pun berdengkur dah. hahah
Segan, anak dara apa aku ni tak tahu. haha
Aku act tak de pun nak cakap banyak kerja, 
TAPI
mungkin sbb banyak fikir kot.
yelah. dalam ofis ni ada 5 org lelaki dan 3 perempuan.
Semua lelaki dalam ofis ni nak harapkan perempuan utk siapkan kerja.
PANAS LAH HATI INI kan?
hahah
Lepas tu kalau buat kerja tak betol, kalah dah merungutnya. 
Kalah perempuan. grr
 Sabar jelah. hmm

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Mengeluh panjang dak? haha
ikut pasaipa? hahaha
Btw, aku rindu someone yg sedang sibukkan diri dia dgn exam tu =='
Sabar lagi.
Larni dia dok exam, aku takmau dia dok repeat paper yg sama jah.
Jadi aku bagi dia masa, ruang dan kasih sayang. 
cewah.hahah
Hope dia okay dgn exam dia tu,
Hope dapat target result yg dia nak tu.
Dan
Aku harap dia dapat balik rumah nanti mama dia dok senyum kat dia :)
 Serius rindu awak sayang :')

k byee byee .
XOXO