Wednesday, January 2, 2013

Encik Hati ♥

Hai dan Assalamualaikum. Haa sebenarnya aku bosan -,- hahaha then sengaja buat post ni sbb aku teringin. haha k sekarang ni aku rasa sedih pulak sbb tadi adalah seekor anak kucing. Dia masuk rumah aku, miaw miaw je bunyinya. aku rasa dia lapar laa. Alaa alaa sedihnya. Tapi aku pulak takut dgn Kucing, haih nak pegang pun tak berani. Jadi aku tarik perhatian kucing tuh dgn Ikan Goreng. haha aku cakap lah, miaw miaw then dia ikot. Aku pun bagi lah anak kucing tuh makan. aku kesihan sgt dgn kucing tuh )'; Apakan daya aku takut. aku nak sentuh pun tak berani. Arghh, kenapa kenapa? hahaaha kan best kalau ada Sayang Busuk masam aku HA tuh, mesti nanti dia gendong kucing tuh dan aku pun belai, haha sbb aku memang takot nak pegang kalau tak ada org yg berani kat sebelah )'; Sedihnya. dan lepas kucing tuh keluar rumah aku, aku boleh pulak cakap 'Bye bye. siap lambai tangan lagi' hahahaha

Aku pun tutop pintu dan bukak balik kucing tuh dah tak ada. haha main nyorok nyorok pulak. hehe okay lah. Title lain tetiba cerita lain. hahah okay berbalik pada title. Aku rindu HA aku, haha siapa HA? Hafizie Asyralf yg sedang bertakhta dilubuk hati ini. *cewah ayat* hahaha Rindu nya, sebenarnya aku tunggu jugak 24/5/2013 ni sbb mungkin kita org masuk tahun ketiga kot, kan pa? hahaha tanya mcm dia sedang ada kat sebelah jee sekarang :* hee Okay aku buat post ni bukan sebab apa tau, aku buat sebab ada yg tanya aku siapa dia, mcm mana dia, how couple, dan lain lainlah. haha meh aku kemukakan soalan serta jawapan. hihi

Manusia : Mcm mana boleh couple dgn dia? maksud aku kau boleh couple lah?
Liyana Aziz : Okay, aku kenal dia dari Mlife mula mula, haha masa tuh aku baru form 4 lah kan. haha masa tuh aku yg gegeh kot minta num dia semua. haha aku cadang mula nak kenal dan jadi kawan ja, tapi dah sangkot. Syukur Alhamdulillah lah :) Aku terima apa yg telah Allah takdirkan buat aku :3 hihi 

Manusia : kau pernah jumpa dia semua ?
Liyana Aziz : hahah belum pernah, tapi InsyaAllah. kalau diizinkan Allah, satu hari nanti aku akan jumpa dia jugak :) InsyaAllah. mudah mudahan lah kan. hehe

Manusia : Kau tak takut ke? Aku just cakap bagi pandang aku sebagai seorang lelaki lah. Tak mustahil kalau dia dah masuk U dan tak mustahil kalau dia jumpa org yg lebih ayu serta lebih sempurna berbanding kau?
Liyana Aziz : Aku nak cakap aku takut apa semua, sumpah aku takut kot :') Tapi insyaAllah aku tahu dia jujur dgn aku. Aku tahu dia setia dgn aku dan aku tahu dia tak akan mainkan aku. Bagi aku memang dan tak dinafikan semua laki mungkin akan jadi seperti apa yg kau cakap tapi InsyaAllah aku percaya dia :') Tapi aku pun tak boleh nak cakap apa kalau ada sebaliknya kan? erm :)

Manusia : Kau tak rasa nak cari yg dekat ?
Liyana Aziz : Aku bukan taknak cari yg dekat tapi aku rasa mungkin ada hikmah kenapa aku perlu dgn dia yg jauh ni :)

Manusia : Sebenarnya aku nak cakap bagi pengalaman aku lah. aku pernah kot couple dgn org jauh dgn aku ni. dan finally hubungan kami stop mcm tuh jee dan baru baru ni aku dgr dia dah ada penganti dan org tuh dekat dgn dia serta boleh jaga dia. kau tak takot mcm ni?
Liyana Aziz : Aku bukan nak cakap apa lah, aku pernah mimpi yg dia curang dgn aku tetapi ramai cakap kat aku. Kadang kadang mimpi ini akan jadi terbalik. dan aku tak faham, rupanya maksud mereka mimpi tuh menunjukkan yg dia tak pernah curang dgn aku. Bukan aku nak cakap aku percaya pada mimpi tetapi aku percaya pada dia atas dasar aku sayang kan dia dan aku tahu dia pun sayangkan aku. Yeah mustahil lah kalau aku cakap yg aku tak takot kalau tup tup satu hari nanti tetiba ada pulak cerita yg mengatakan dia bakal berkahwin dgn org lain kan? haha aku rasa mungkin masa tuh mahu gugur segala yg ada ni. haha Aku takot sgt tapi yela. Aku masih boleh mempercayai dia. Sbb mungkin aku masih boleh bersabar serta kawal perasaan aku. hehe Dan kalau lah satu hari nanti tetiba keluar cerita mcm tuh mungkin aku akan tanya dia dan aku pun akan minta sbb mungkin aku jugak yg salah. Hmm tapi buat masa sekarang ni, biarlah masa yg menentukan dan aku hanya berserah pada Allah swt :')

Manusia : Dia pernah curang? Tipu kau ataupun buat kau sakit hati?
Liyana Aziz: Tipulah kalau aku cakap tak pernah kan? Sbb org berkahwin pun bergaduh inikan pulak aku yg couple. haha aku ada jugak gaduh dgn dia. Kadang aku buat hal, kadang dia. Dan aku rasa aku yg sering timbulkan hal, hhaha dan aku rasa dia sabar dan aku pun berharap dia mampu bersabar sbb before ni pun aku ada jugak lukakan hati dia :') Maaf tau beby. hihi

Manusia : Aku ada soalan, dan soalan ni mungkin akan melukakan kau. tapi aku harus tanya. Okay, mcm mana kalau tiba tiba kau sedang asyik bercinta dgn dia dan tiba tiba dia pulak dah tersyok kan org lain? Kau mcm mana? Adakah kau akan stay atau kau pergi tinggalkan dia?
Liyana Aziz : Okay, bagus soalan tu. haha Bismillah, mungkin aku akan lepaskan dia sbb aku rasa mungkin perempuan tuh akan buat dia bahagia :') Aku rela kot terluka daripada aku melihat dia terluka :'3 Aku mungkin tak sempurna sbb tuh dia cari org lain. kan? Aku rasa masa tuh mungkin aku akan hilang sekejap daripada semua org, facebook, twitter dan juga blog kot. Sbb aku rasa kehilangan dia bukan mudah buat aku melupakan apa yg berlaku. Kalau benda ini berlaku, aku akan pergi tinggalkan dia dan mungkin aku akan mendoakan kebahagiaan dia bersama perempuan itu. Aku akn pergi :')

Haa dah lah kot, aku rasa hanya soalan ni je yg mampu aku kongsikan sbb soalan yg lain tuh mungkin biasa dan mungkin akan melukakan :3 hihi biarlah, aku pun harap yg terbaik untuk aku dan dia :') Terima Kasih yg baca tuh sbb aku tahu yg rajin baca pun budak tuh je. hahha

Pesanan terakhir aku buat dia, haha mcm nak pergi tinggalkan dia jee. hihi tak tak, saja je berpesan ni semua :3 hee

Dear HA, saya sayang awak. In Shaa Allah kan kalau ada jodoh kita bersama kita akan bersatu jugak nanti? Tapi kalau saya tak ada jodoh dgn awak tak apalah. Saya akan jadi kan setiap kenangan saya bersama awak adalah memori terindah buat saya sbb saya dapat kenal seorang lelaki seperti awak :') Beruntungnya saya , hee dan awak, kalau lah satu hari nanti adalah org yg telah mencuri hati awak, awak pergi lah pada dia. Awak jagalah dia mcm mana awak jaga selama awak dgn saya ya. Awak mungkin berhak dapat yg lebih baik dari saya :) Saya tahu, Perempuan yg baik adalah untuk lelaki yg baikkan awak :') Jangan bimbang, kalau awak bukan milik saya lagi NANTI akan saya titipkan doa setiap hari buat awak yg bernama cinta. Hee dan kalau awak adalah jodoh saya, In Shaa Allah, Kita akan bersama sama membina sebuah keluarga yg bahagia ya, kita akan bersama sama menjaga serta membimbing anak anak kita satu hari nanti kan, dan saya harapkan awak untuk pimpin saya ke syurga, Saya harapka itu semuaa :) Boleh kan awak? Saya nak awak ada bersama saya setiap masa. Terima Kasih awak kerana masih bersama saya. *letak pen dan tutop diary* hihi 

Yang Benar, 
Liyana Aziz.
2/1/2013.

Tuesday, January 1, 2013

Perkara pertama pada 2013

Haii Assalamualaikum dan Selamat Pagi :3 hee
So hari ini hari pertamakan pada tahun baru ni? haa jadi apa yg korg buat mula mula? Pasti ada yg pergi class, dapat kerja baru, pergi date dgn new gf or bf, pergi holiday? ekh. hahaha okay. mcm aku pulak, aku mula mula, biasa lah. Mesti lah mandi. Tak kan tak mandi mcm Si busuk acam aku si HA tuu, haha *kutuk puas puas* hahaha gurau. maaf pa :3 hehe Aku mandi dan kemudian aku solat subuh. Lama aku duduk di atas tikar sejadah aku yg sudah cukop lama berkhidmat untuk aku buat aku menunaikan perintah Allah. Terima Kasih lah sejadah :) Akan ku kenang jasamu sampai ku kawen nanti, hehe Biasalah kan? Bila kita dah mengadap Allah swt pasti kita pun nak berdoa, memohon keampunan, ataupun meminta perlindungan serta mendoakan kesejahteraan Ibu Bapa serta diberi jodoh yg baik kan? Sama lah dgn aku pun, panjang aku berdoa sbb aku tahu tempat yg paling setia bersama ku dimana juga aku berada adalah Allah :) selepas berdoa serta meluahkan isi hati semua, mustahil lah kalau hati korg masih tak legakan? hee dia membantu kita selama ni :3 Terima Kasih Allah.

Okay, dah selesai solat. Aku pun bersiap, baju pertama aku pakai pada tahun baru adalah baju kurung berwarna merah jambu :3 Sweetkan? haha tayah cakap aku dah tahu, hehehe selepas itu biasalah aku pun pakai tudung bawal. Warna merah. hehe nampak aku matang. hihi okay. dah siap aku pun pergi dapur buat air nescafe. Biar aku tidak mengantuk untuk menjalani hari hari ku. hee dah minum semua, aku pun bantu mak siapkan adik adik aku yg sgt sgt sgt malas dan payah untuk bangun pagi . hurr, sakit jugak tekak aku jerit pagi pagi sebab aku nak kejut mereka punya pasalkan? hahaha k dah selesai dia org mandi aku pun preparekan baju sekolah mereka. Alahaii, kacak bergaya adik adik kakak pagi ni. heheh

Lepas tuh, dia org breakfast lah hotdog yg ada cheese tuh. yum yum. hehehe Dah selesai masing masing pakai kasut sekolah dan pagi tuh abah yg hantar. hee kebetulan pagi tuh aku ada date dgn guru besar. Sebenarnya aku dah tahu apa hajat dia nak jumpa aku :') Yeah aku dah tahu. heheh aku pun jumpa budak budak class aku. Eeee omell semuanya sbb masing masing dah naik darjah 1 kan? hahaha jadi baju pun dah tukar warna. Dia org jumpa aku tadi dgn senyuman yg manis. haha lepas tuh siap ada yg dari jauh lagi dah jerit. Cikgu Yana dan berlari kat aku. haih aku takut jatuh je anak org ni. hahaha aku rindu dorg. dorg peluk aku ramai ramai :'3 sobsobsob.

Lama tuh aku pun bawak mereka pergi beratur, sbb hari first day kan? Kena ada perhimpunan. hee dorg pun pergi lah beratur. dan kebetulan masa tuh aku pun pergi lah bilik guru besar. aku ketuk pintu dan beri salam, dan dia pelawa aku duduk. Hmm aku dah tahu apa dia akan cakap. dan aku masih tabah :') Aku cakap tak apalah guru besar, sekurang kurangnya aku dapat pengalaman bekerja bersama cikgu lain dan anak murid ini semua. mereka istimewa buat saya :') Aku nak nangis sbb kenyataannya sekarang ni aku akan pergi tinggalkan class dan akan tinggalkan anak murid aku semua. AKu rindu dorg. hmm mcm mana kalau aku rindu nanti? Air mata ni masih aku tahan sbb aku tahu takpe lah. Dorg pun dah besar, pasti dorg pun okay. Aku pun keluar dari bilik guru besar dan aku ucapkan ribuan terima kasih sbb bagi aku peluang selama 6 bulan bersama mereka semua :')

Yeah. aku nampak dorg dan aku lambai tangan pada dorg semua :) aku sayang dorg, harap dorg belajar rajin rajin. Lepas ni tak ada dah org nak menyanyi dgn aku, lepas tak ada dah org yg nak menari dgn aku )'; Takpelah. sayang sekalian. belajar rajin ya? Banggakan mak ayah adik adik semua. Hee Cikgu Yana atau Kak Yana sayangkan semua :') Assalamualaikum.

Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

Hai dan Assalamualaikum dan Happy New Year semua :3 hihi
Okay, so bagaimana tahun baru? ha before tuh. korg sambut tahun baru dimana? hehe mcm aku tak adalah kesah sgt sambut dimana, yg penting aku sambut bersama org yg tersayang :) Yeah org tersayang yg bermakna bagi aku :') Bukan senang nak mencipta kenangan, hehe So apa azam tahun baru? hehe pasti ada yg nak berkahwin, nak ikat tali pertunangan, nak dapat zuriat, nak terus sambung belajar, nak terus diminati dan digila oleh lelaki diluar, nak beli rumah, nak shopping sampai tak ingt dunia, nak save duit, nak nak nak mcm mcm lagi kan? hahahah

Macam yana, azam tahun baru ni. Aku still nak Sambung belajar, aku tetap nak berusaha jugak sambung belajar. Aku nak. aku nak! Please, haha biar aku miskin diluar tetapi aku tidak miskin dgn Ilmu Allah dan satu lagi aku pun harap tiada lah org yg akan mempertikaikan pelajaran aku sbb aku tahu aku mungkin tidak seperti kau MANUSIA :) haha ops. tahun baru kan? hehehe

Hee about LOVE pulak, InsyaAllah. Aku harap aku dapat kuat seperti 2 tahun yg lepas. hee Rindu sgt lahaii. hihi aku hargai sgt semua yg telah kita buat bersama since 24/5/2010. Lama kan? aku tak sangka boleh lama sampai mcm ni sekali dan aku pun rasa bersyukur dapat kenal dgn dia :') Thanks Hafizie Asyralf. Awak bermakna buat saya. Liyana Aziz :3

Friday, December 28, 2012

teman :)

Hai dan Assalamualaikum semua. hee lama dah kita tak singgah kat blog ni kan, pasti semua tak rindukan kita. hehehe Okay laa. nampak title Post tuu? T E M A N , Heee

Okayla, sebenarnya memang aku nak buat post ni pun sbb aku memang nak cakap yg aku rindu dia sgt. hmm sebenarnya lama dah aku tak msg dia, tak dgr khabar dia even aku selalu nampak dia bertweet sakan di Twitter :') Sabar jelah, hee aku terkadang fikir kenapa aku dan dia perlu jadi begini? perlu akhiri hubungan persahabatan kami begini? Seribu persoalan bermain di benak fikiranku :/ aku rindu nak cakap KITA :'D hahahaha

Aku dgn dia hanya kawan, tetapi aku dapat rasa yg aku memang rapat sgt dgn dia sbb aku selalu cerita apa aku rasa pada dia dan dia pun selalu cerita apa yg dia rasa pada aku. Aku suka dgr bila dia bercerita :') Tergelak sakan weh. hee Tapi aku nampak perbezaan hubungan persahabatan kami sekarang. Aku nampak yg aku dan dia dah jauh :') Dia sgt baik, tetapi aku harap dia nampak kelemahan dia. Aku tak akan bagitahu dia apa benda itu tetapi biarlah dia berfikir :3

Aku pun harap dia akan berbahagia dgn sesiapa jugak :) Aku nak tgok dia bahagia okay, hehe aku akan terus doakan kejayaan kau kawan :) Harap kau tidak lupa aku dan tidak lupa pada persahabatan kita. hee
Ikhlas dari aku, kawan :3


Sunday, December 2, 2012

erm :')

Hai blog. Assalamualaikum.
kali ni aku nak post pasal benda yg happy pulak even dalam hati aku ni sedang bersedih :') Wkekeke
Aku malas nak fikir, bosan lah hidup tiap hari sedih :') Hihihi
Okay, mcm hari ni. Even adalah 1 2 3 org msg aku nak teman aku or what. Aku hargai sgt semua tuh :) Hee Terima Kasih, dan hari ni aku tak adalah bosan sgt sebab aku dapat jaga beby ;DDDDDD yeah, serius gembira sgt. hihi aku tak tahu kenapa aku suka sgt dgn beby ni. aku terlalu taksub :'3 hihi Sampaikan Beby yg tadi dgn aku tuh kan, aku jaga dia, aku suap dia makan, buatkan susu :3 hehe ada dah ciri ciri keibuan :p hihi Bukan nak cakap apa lah, even korg berpelajaran tinggi dan berkerjaya sgt, korang belum tentu boleh jadi seorang yg pandai jaga Anak, jaga rumah, jaga makan suami semua kan? yeah.

Aku belajar semua ini dari pengalaman, sebab mak aku sendiri dulunya seorang pengasuh budak :) Jadi mana mana budak yg dtg rumah aku tuh aku dah terbiasa dgn mereka. Yaa aku memang suka sgt. hehe Tapi sebenarnya aku lagi suka dgn budak yg umurnya lingkungan beby sampai lah 2 tahun :p hihi sebab mereka ni senang nak gomol gomol dan gigit gigit. hee

Masa aku kecil dahulu pun aku pernah dijaga oleh org lain, mereka memang bukan ahli keluarga ku tapi merekalah yg jaga makan aku ketika mak dan abah bekerja. Dahulunya mak abah memang bekerja tetapi sekarang mak tidak lagi mungkin kerana faktor usia. hehe padahal mak aku baru berumur 41 tahun :p muda tak muda tak, hee selalu bila aku jalan dgn dia pun org akan cakap mana satu adik mana satu kakak ;3 hee saja jee tau. tampar mahu? hihi sempat mereka menyakat kami. Jadi daripada mak aku belajar mengurus anak anak org. Aku mandikan mereka, memberi makan mereka serta bermanja dgn mereka.

Sebenarnya, aku seorang Kakak yg garang. Yeah, aku memang garang. Sbb mungkin aku mewarisi sikap abah. Dia seorang yg garang tetapi ada masanya dia cuba untuk bersama anak anaknya :) dalam adik beradik aku pun aku lah yg paling garang. hihi kalau mereka yg kecil kecil bergaduh, sorry. Aku akan campur tgan :p hehe aku suka bulat kan mata. hahaha dan budak budak tuh semua dah tahu satu keburukan aku -.- aku sgt lah pantang ketika aku tidur, mereka berlari mahupun masuk bilik aku dan bising. Aku pun bertukarlah menjadi Kak Limah. hahah Aku memang garang >.< hihi


sampai dulu ada yg cakap, kau ni garang sgt. Siapa nak dkt kau nanti =.= damn, aku terasa. hahahahahaha aku pun tak tahu nak kata apa. aku memang mcm ni, aku memang dah diwarisi sikap abah. So what? Hoh. hehe aku pun harap suatu hari nanti adalah lelaki yg tahan dgn peragai aku ni kan. yelaa, aku pun takot kot kot lah tadak org nak kee. heee aku kan garang. Aummmm :D hahahaha Aku garang tetapi sebenarnya aku manja. wkwkwkwk hihi dah dah. mungkin itu sahaja, jumpa lagi. Daaaaa

ekh lupa, nama beby boy tadi tuh Muhammad Syukri :3 heee k lah, bye. Assalamualaikum :)

Tuesday, November 27, 2012

Post Nothing,

Assalamualaikum dan selamat malam .
Apa khabar? Sihat? Terima kasih sebab awak sudi baca semua ini :')
Saat awak baca ni, saya harap awak semua lapang dada dan saya nak ucapkan banyak banyak ribuan terima kasih sbb awak sudi habiskan masa dgn membaca blog saya yg tidak penting ini.

Okay, hmm Blog. Malam ni entah kenapa aku rasa sunyi dan sedih, aku rasa seperti malam malam ku sebelum ini sama. hm Dengan semua org sibuk, okay aku tahu aku bukan sesiapa :') Aku sedang duduk diatas simen rumah sambil melihat ke langit. mungkin itu sebab aku mendapat idea untuk aku bertype disini ); Yeah, petang tadi hujan aku basah dan aku rasa air mata aku ikut bersama perginya air hujan itu :) Tidak mengapa, hanya air mata seorang perempuan yg mengenang nasibnya mungkin,

Aku perasan akan diri aku buat kebelakang ini, aku rasa seperti aku sudah berubah. Yea, aku sudah berubah. Aku berubah ('; Aku bukan kata aku berubah atas dasar aku menyukai lelaki lain tetapi aku berubah dari segi perwatakan aku. Lately ini, bawak masalah yg datang pada ku ('; Alhamdulillah, itu tanda Allah sgt menyayangi aku :') Aku rasa sekarang aku lebih suka mendiamkan diri dan tidak menceritakan masalah aku pada sesiapa pun termasuk Mak. Aku rasa aku lebih kepada berdiam diri dan pendam sbbnya mungkin aku rasa org sekeliling aku terlalu sibuk dan aku tidak mahu mereka sibukkan diri mereka dgn memikirkan aku. Yaaa *Hati kecil sdang menangis* Aku penipu besar, aku ulang aku penipu besar. Aku tak nafikan semua benda aku akan terus cakap okay, takpe, yela dan sebagainya tapi ada org faham kenapa? Aku nak sangat luahkan perasaan aku ni pada seseorang, tapi dia tak ada masa. Aku faham dia kerja untuk bantu family dia, aku tak marah, Aku tak kesah, aku tak kesah. Tapi kenapa hati kecil aku masih berasa sedih padahal aku telah merelakannya? Kenapa? hmm aku sedih sgt ); tiada org care. Tadi aku tgok langit, aku tak nampak bintang dah, aku nampak bulan. gelap jee sekeliling dia, dah tak ada seri bintang lagi. saat itu aku dah keluarkan air mata tapi aku masih tahan walaupun 2 titisan telah gugur :') aku masih tahan semua ini . Aku harus tahan. hmmm walaupun kadang kadang dia suruh aku tidak menunggu dia, tetapi aku tetap dan masih menunggu dia walaupun dia mahukan lain. Aku masih setia tunggu dia :') Aku sabar menanti dia.



*Tahan* aku rindukan semua org aku rindu dia, walaupun kadang kadang aku rasa aku sangatlah bosan dan aku pun terpaksa jugak buat *Fake smile* depan semua org. Allah tempat aku meluahkan.

hmm mungkin ini saja, buat awak yg baca. Saya mohon maaf sebab saya melukakan awak :')
Tolong jaga hati sebab saya dah tak mampu nak jaga hati saya sendiri :')
Assalamualaikum.

Thursday, November 15, 2012

Selamatkan Palestin. Selamatkan Umat Islam disana :/

Assalamualaikum dan selamat malam, Post malam ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa benda ini benda berlaku sekarang. Walaupun bukan dihadapan mata kita tetapi cukop lah gambar sahaja sebagai sumber bukti yg asli. Seperti yg kita sedia maklum, benda ini berlaku sudah lama dan apa tujuan mereka buat begini pada umat islam, pun sudah kita ketahui. Ya Allah, sebak sungguh hati apabila melihat gambar yg sungguh menyayat hati ini. Ya anda semua, memang mereka bukan keluarga kita tetap mereka seagama dgn kita. Mereka umat islam. Mereka sama tarafnya dengan kita, mereka sama seperti kita dimata Allah. Walaupun kita tahu kita tidak mampu untuk membantu mereka dalam cara seperti berperang dan apa sekali pun tetapi Allah maha berkuasa, Allah maha adil. Allah tahu, kita disini mampu untuk mendoaakn mereka. Apa salahnya kita meluangkan sedikit masa dgn duduk diatas sejadah dgn meminta Allah agar membantu mereka disana. Pernah kee kita bayangkan, apa mereka makan disana? Apa yg mereka pakai disana? Di mana tempat mereka bersembunyi untuk selamatkan diri mereka? Pernah kee kita terfikir? Bagaimana hidupnya seorang bayi, kulit yg sangat cantik, comel serta cukop sempurna dengan anugerah yg diberi Allah dgn tiba tibanya datang satu cahaya kemerahan kearahnya? Pernah ke anda terfikir? Mereka mungkin memikirkan itu sebagai bintang yg diturunkan oleh Allah tetapi mereka salah, ternyata itu peluru serta bom. Bagaimana kehidupan mereka? Bagaimana dengan bayi kecil yg baru sahaja celik dan keluar ke dunia?

Anda semua, dikala saya menaip sebuah post ini, saya sedang berada dalam keadaan yg snagat sedih dgn membayangkan apa yg trjadi pada mreka disana?? adakah ini semua sangat adil buat mereka? Ya Allah, cuba kita fikirkan. Di negara kita, terlalu ramai remaja mahupun golongan org melayu yg membuang bayi mereka. tetapi ada ke kita fikir? mereka disana sangat memerlukan bayi bagi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, adakah kita terfikir semua itu? Kita dengan Aktifnya membuat maksiat serta kita membuat perkara yg dimurkai Allah sedangkan mereka? Mereka suci, tetapi mengapa mereka yg diperang kenapa tidak kita? Kita manusia seperti apa? Siapa kita? renungkan lah bersama, bukan saya mahu menghina org yg seagama saya, tetapi ini kita jadikan iktibar, Dgn apa yg kita telah buat, jadi. Saya mohon kerjasama serta bantuan. Mohon dgn perasaan yg sngt sedih, saya ingin anda mahu mendoakan keselamatan mereka disana. Mereka sama seperti kita. Hamba Allah.

Bismillah, ya Allah. Engkau yg maha pemurah lagi maha mengasihi. Ampunkan dosa kami, ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, ampunkan semua hamba mu ya Allah. Disini, ku titip sedikit doa agar kau memakbulkan doa ku ya Allah, selamatkan bumi Palestin, selamatkan Hamba mu ya Allah, Berikan mereka kesempatan untuk hidup ya allah, mohon kau lindungi kami semua, Amin Ya Robb.

Disini ada sedikit gambar yg boleh saya kongsi bersama. Dan ada juga mereka yg bersama sama dgn kita mendoakan Rakyat Palestin #PrayForGaza

                 Sedih melihat bayi yg kulitnya terbakar :(

                  Lihat, kita di MALAYSIA sgt beruntung
                   kerana kita tidak seperti mereka.  );

              lihat, asap bom yg sangat tebal itu, Ya Allah );

          Mungkin bayi kecil ini belom mengerti apa itu kehidupan );

                                Ya Allah );


                      Lihat bayi itu, Ya Allah );

                          Darah bersama mereka );

                        Apa dosa beby ini Ya Allah );
                                   

                                                                                                             - Twitter -



Mari kita berdoa bersama untuk keselamatan mereka. Amin :)