Tuesday, November 27, 2012

Post Nothing,

Assalamualaikum dan selamat malam .
Apa khabar? Sihat? Terima kasih sebab awak sudi baca semua ini :')
Saat awak baca ni, saya harap awak semua lapang dada dan saya nak ucapkan banyak banyak ribuan terima kasih sbb awak sudi habiskan masa dgn membaca blog saya yg tidak penting ini.

Okay, hmm Blog. Malam ni entah kenapa aku rasa sunyi dan sedih, aku rasa seperti malam malam ku sebelum ini sama. hm Dengan semua org sibuk, okay aku tahu aku bukan sesiapa :') Aku sedang duduk diatas simen rumah sambil melihat ke langit. mungkin itu sebab aku mendapat idea untuk aku bertype disini ); Yeah, petang tadi hujan aku basah dan aku rasa air mata aku ikut bersama perginya air hujan itu :) Tidak mengapa, hanya air mata seorang perempuan yg mengenang nasibnya mungkin,

Aku perasan akan diri aku buat kebelakang ini, aku rasa seperti aku sudah berubah. Yea, aku sudah berubah. Aku berubah ('; Aku bukan kata aku berubah atas dasar aku menyukai lelaki lain tetapi aku berubah dari segi perwatakan aku. Lately ini, bawak masalah yg datang pada ku ('; Alhamdulillah, itu tanda Allah sgt menyayangi aku :') Aku rasa sekarang aku lebih suka mendiamkan diri dan tidak menceritakan masalah aku pada sesiapa pun termasuk Mak. Aku rasa aku lebih kepada berdiam diri dan pendam sbbnya mungkin aku rasa org sekeliling aku terlalu sibuk dan aku tidak mahu mereka sibukkan diri mereka dgn memikirkan aku. Yaaa *Hati kecil sdang menangis* Aku penipu besar, aku ulang aku penipu besar. Aku tak nafikan semua benda aku akan terus cakap okay, takpe, yela dan sebagainya tapi ada org faham kenapa? Aku nak sangat luahkan perasaan aku ni pada seseorang, tapi dia tak ada masa. Aku faham dia kerja untuk bantu family dia, aku tak marah, Aku tak kesah, aku tak kesah. Tapi kenapa hati kecil aku masih berasa sedih padahal aku telah merelakannya? Kenapa? hmm aku sedih sgt ); tiada org care. Tadi aku tgok langit, aku tak nampak bintang dah, aku nampak bulan. gelap jee sekeliling dia, dah tak ada seri bintang lagi. saat itu aku dah keluarkan air mata tapi aku masih tahan walaupun 2 titisan telah gugur :') aku masih tahan semua ini . Aku harus tahan. hmmm walaupun kadang kadang dia suruh aku tidak menunggu dia, tetapi aku tetap dan masih menunggu dia walaupun dia mahukan lain. Aku masih setia tunggu dia :') Aku sabar menanti dia.



*Tahan* aku rindukan semua org aku rindu dia, walaupun kadang kadang aku rasa aku sangatlah bosan dan aku pun terpaksa jugak buat *Fake smile* depan semua org. Allah tempat aku meluahkan.

hmm mungkin ini saja, buat awak yg baca. Saya mohon maaf sebab saya melukakan awak :')
Tolong jaga hati sebab saya dah tak mampu nak jaga hati saya sendiri :')
Assalamualaikum.

Thursday, November 15, 2012

Selamatkan Palestin. Selamatkan Umat Islam disana :/

Assalamualaikum dan selamat malam, Post malam ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa benda ini benda berlaku sekarang. Walaupun bukan dihadapan mata kita tetapi cukop lah gambar sahaja sebagai sumber bukti yg asli. Seperti yg kita sedia maklum, benda ini berlaku sudah lama dan apa tujuan mereka buat begini pada umat islam, pun sudah kita ketahui. Ya Allah, sebak sungguh hati apabila melihat gambar yg sungguh menyayat hati ini. Ya anda semua, memang mereka bukan keluarga kita tetap mereka seagama dgn kita. Mereka umat islam. Mereka sama tarafnya dengan kita, mereka sama seperti kita dimata Allah. Walaupun kita tahu kita tidak mampu untuk membantu mereka dalam cara seperti berperang dan apa sekali pun tetapi Allah maha berkuasa, Allah maha adil. Allah tahu, kita disini mampu untuk mendoaakn mereka. Apa salahnya kita meluangkan sedikit masa dgn duduk diatas sejadah dgn meminta Allah agar membantu mereka disana. Pernah kee kita bayangkan, apa mereka makan disana? Apa yg mereka pakai disana? Di mana tempat mereka bersembunyi untuk selamatkan diri mereka? Pernah kee kita terfikir? Bagaimana hidupnya seorang bayi, kulit yg sangat cantik, comel serta cukop sempurna dengan anugerah yg diberi Allah dgn tiba tibanya datang satu cahaya kemerahan kearahnya? Pernah ke anda terfikir? Mereka mungkin memikirkan itu sebagai bintang yg diturunkan oleh Allah tetapi mereka salah, ternyata itu peluru serta bom. Bagaimana kehidupan mereka? Bagaimana dengan bayi kecil yg baru sahaja celik dan keluar ke dunia?

Anda semua, dikala saya menaip sebuah post ini, saya sedang berada dalam keadaan yg snagat sedih dgn membayangkan apa yg trjadi pada mreka disana?? adakah ini semua sangat adil buat mereka? Ya Allah, cuba kita fikirkan. Di negara kita, terlalu ramai remaja mahupun golongan org melayu yg membuang bayi mereka. tetapi ada ke kita fikir? mereka disana sangat memerlukan bayi bagi meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, adakah kita terfikir semua itu? Kita dengan Aktifnya membuat maksiat serta kita membuat perkara yg dimurkai Allah sedangkan mereka? Mereka suci, tetapi mengapa mereka yg diperang kenapa tidak kita? Kita manusia seperti apa? Siapa kita? renungkan lah bersama, bukan saya mahu menghina org yg seagama saya, tetapi ini kita jadikan iktibar, Dgn apa yg kita telah buat, jadi. Saya mohon kerjasama serta bantuan. Mohon dgn perasaan yg sngt sedih, saya ingin anda mahu mendoakan keselamatan mereka disana. Mereka sama seperti kita. Hamba Allah.

Bismillah, ya Allah. Engkau yg maha pemurah lagi maha mengasihi. Ampunkan dosa kami, ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, ampunkan semua hamba mu ya Allah. Disini, ku titip sedikit doa agar kau memakbulkan doa ku ya Allah, selamatkan bumi Palestin, selamatkan Hamba mu ya Allah, Berikan mereka kesempatan untuk hidup ya allah, mohon kau lindungi kami semua, Amin Ya Robb.

Disini ada sedikit gambar yg boleh saya kongsi bersama. Dan ada juga mereka yg bersama sama dgn kita mendoakan Rakyat Palestin #PrayForGaza

                 Sedih melihat bayi yg kulitnya terbakar :(

                  Lihat, kita di MALAYSIA sgt beruntung
                   kerana kita tidak seperti mereka.  );

              lihat, asap bom yg sangat tebal itu, Ya Allah );

          Mungkin bayi kecil ini belom mengerti apa itu kehidupan );

                                Ya Allah );


                      Lihat bayi itu, Ya Allah );

                          Darah bersama mereka );

                        Apa dosa beby ini Ya Allah );
                                   

                                                                                                             - Twitter -



Mari kita berdoa bersama untuk keselamatan mereka. Amin :)

Monday, October 8, 2012

Menghitung hari.

Assalamualaikum dan selamat petang,
hmm. aku tak ada idea nak type atau nak apa sekali pun, hmm

Hati aku sedang dilanda gundah gulana, aku membawa diri kesudut yg paling sepi dan sunyi dimana disitu aku lepaskan segalanya. Hmm Hati ku masih lagi rasa sngt sedih, pedih ataupun akan rasa kehilangan. Aku bukan meminta simpati memana pihak tetapi disini aku meluahkan segalanya.

Hati ini sangat lemah dan sangat lembut, ia bagaikan ice cream yg apabila disentuh dgn sudu akan cair atau apabila dibiarkan dibawah cahaya matahari dia akan cair. Hati ini juga ibarat sesuatu benda yg paling lembut apabila ditoreh dgn pisau akan mengalirnya darah. hmm

Dia sini aku menyatakan, sungguh berat hati aku untuk memberi dia pergi. Dia bukan pergi selamanya tapi aku dapat rasakan dia akan pergi selamanya. Aku sangatlah tak rela. Hati aku sangat sukar untuk melepaskannya pergi. Walaupun selama ini dia mmg bukan dekat dgn aku tetapi dia ada dekat dihati aku mahupun dia akan selalu ada bersama ku, tetapi bila dia melangkah pergi meninggalkan Malaysia dan pergi ke sana. Sungguh aku tak daya untuk berdiri. Perkenalan kami sangat anjang dan lama, seperti cinta dan sayangku kepadanya. Sukar untuk hati ku menerima sekiranya satu hari nanti dia akan pergi dan tak akan kembali lagi kepada ku, sungguh aku tak sanggup untuk membayangkannya.

Aku sungguh tak rela biarkan dia kesana keseorangan, aku tak sangup berjauhan dgnnya, dan aku terpaksa membuang segala perasaan ini kerana dia kesana untuk menunaikan impian abahnya, Siapalah aku disini untuk menghalangnya, sungguh aku merasa tatkala ini dia akan pergi jauh tinggalkan aku sendirian. Aku tak boleh pentingkan diri aku sbb dia kesana untuk membahagiakan abah dan mamanya, aku terpaksa akur kerana mungkin ini yg terbaik.

dia, disini aku ada titipkan sedikit doa yg bermakna buat diriku dan doaku ini untuk keselamatanmu.
walaupun kau belum tentu menjadi milik ku, tapi percayalah satu hari nanti kau akan berjumpa dgn seorang yg dijodohkan buatmu. Samaada aku ataupun org lain, aku redho untuk kehilangan mu.

Ya Allah, lindungi dia disana. Sungguh aku tahu aku disini hanya akan menitip doa kepadanya. Jagalah dia disana, lindungi dia walau dimana dia berada. Bantu dia tatkala dia kesusahan disana, permudahkan segala urusannya. Pelihara dia sebaik-baiknya. Amin.

Setiap kali solat ku, sedikit pun tak akan tertinggal doa ku buat ibu bapa ku dan juga diri mu. Sungguh kau bererti buat ku. Tatkala kau pergi tinggalkan Malaysia, aku akan sentiasa memandang kelanggit dan akan melihatmu berada diatas awan. Masa tuh, aku akan melambai pemergiaan mu dan akan ku berserah kepada Allah dgn siapa jodoh ku.

Sayang, kalau kau tahu. Sesungguhnya hati ini ingin menunggu mu pulang, tetapi aku keseorangan dan tiada kekuatan bila kau tiada bersama ku, selalu aku memikirkan mu walaupun aku tahu sesuatu yg mustahil untuk aku bersama mu, dan aku akan terys berdoa jikalau memang kau jodoh ku, Sungguh aku gembira, tetapi jikalau kau memang tertulis bukan untuk ku, aku rela melepaskan mu dan tolong bawa hati ku dan juga semua kenangan kita bersama mu. Aku doakan kau berjaya disana dan tolong jaga dirimu disana. Jangan bimbang diriku disini, pandai ku membawa diri.

Sayang, jaga dirimu disana dan Selalu ingat akan ada Allah bersama mu.
Dengan hati yg berat, Selamat Tinggal dari ku, pergi sana hati-hati. Jaga diri sayang.
Assalamualaikum.


Tuesday, October 2, 2012

aku give up atau apa?

Assalamualaikum, hai blogger. Hmm nampak tak aku letih sgt ni? Nampak? Aku letih sangat, semalaman aku tak tidur. Dan hari ni aku pergi zoo negara dgn budak budak ni. Sungguh aku rasa mcm nak pengsan. haha hmm dgn masalah family aku, dgn masalah dia, dgn masalah kerja aku, hm aku penat. Aku rasa mcm nak jerit kuat kuat. bagi satu dunia tahu apa aku rasa sekarang, hmm

Aku nak tanya laa, perempuan. Mereka akan marah tak tentu pasal kea? Tak kan? Mereka akan marah bila bf dia buat salah atau apa pun kan. hmm aku letih laa. cakap dgn aku tak nak simpan apa apa dari aku, jadi perlu ke delete semua msg kau dgn dia? PERLU KE? Selama ni pun aku tak pernah delete biar laa sesiapa pun. hmm hmm penat laa. aku siapa? Hmm aku ni kawan kau? Aku tak marah kalau kau nak msg atau apa pun tapi aku pun ada hati gak! Hmm kadang kadang aku sabar jeee even aku tunjuk dpn dpn aku bergaul dgn lelaki lain sekurang-kurangnya kau tahu yg aku berkawan dgn siapakan? Tapi kau? Kau simpan, kau buat mcm aku ni tak wujud! kau msg sesiapa dan kau padam. perlu ke semua tu? hmm

Aku penat sgt. Semalaman aku tak tidur, sumpah aku rasa aku org paling bodoh sbb aku tak tidur dan fikir pasal org yg tak fikir aku :) Sumpah! hmmm aku tak minta apa. aku minta kau jujur je dgn aku, aku tak minta lain :) K laaa tu je. aku penat. Semua nak tercabut dah. letih pikir masalah yg bertimbun-timbun. hm bye

Sunday, September 30, 2012

Gundah Gulana :'3

Assalamualaikum, dan hai. Selamat Malam. Dah selesai menunaikan solat magrib kea semua? Kalau dah, Alhamdulillah. Hmm *keluhan berat* heeeeee

Okaylah, post kali ni mmg aku ada nak luahkan sesuatu. Sebenarnya selain dari aku luahkan dekat blog aku ni, aku akan luahkan pada diary aku :) Yeah, diary yg dah lama aku buat. Aku selalu luahkan didiary sbb aku rasa aku nak private, tapi apabila aku luahkan di Blog ni itu bermakna aku ada sesuatu yg aku nak luahkan dan beri dia baca dan tahu segalanya. Okaylah, sebenarnya aku cukop terasa. Tahu kenapa? Satu hari ini dia lansung tak msg aku. Aku akui pagi ada juga kami msg tapi sampai jam 0815 terus tiada msg dari dia. Apakah semua ini? Hmm aku bukan apa, aku cuma mahukan sesuatu yg aku nak dan aku tak paksa. Tapi ini kea segala yg dibalas?

Okaylah, pada mulanya aku berfikiran Positive. Aku fikir dia mungkin tak ada kredit :) Okay, sebenarnya selain dari berhubung dari Msg, apa salahnya kalau dia bagi tahu aku melalui LAMAN SESAWANG? hm aku onl fb satu lagi. aku onl dan nampak dia onl. Apa semua ini? Hmmm Aku cukop terasa. kalau ya pun kau nak pergi tinggalkan aku, jgn seksa aku dgn sebegini rupa. Aku dgn terkapai-kapai tunggu kau tapi kau? Hmmm

Setiap kali aku solat, akan aku selitkan sedikit doa untuk kau. Aku selalu berdoa, Ya Allah. Jika benar kau bukan jodoh ku, bawalah kau pergi dari hidupku dan temukanlah dia seorang perempuan yg lebih baik dari ku. Ya mungkin Allah telah makbulkan semua doaku. Aku sedih dgn cara kau yg begini. Aku betul betul mengharapkan kau disaat aku sendirian. Baru semalam kau bertanya pada aku, Janji jgn tinggalkan org? Ya Allah, apa semua ini? Kau dah buat aku terluka, apa salahnya kau bagi tahu aku dalam FB mahupun apa jua cara. Sungguh aku merinduikau. Aku amat amat memerlukan kau tatkala itu. Hmm aku bukan give up tunggu msg dari kau tapi cuba kau fikir siket apa perasaan aku.

Kalaulah kau tahu, aku sedang berupaya menjaga hubungan kita ni. Kalaulah kau tahu aku sdg berpura-pura sabar dgn kau. Kalaulah kau sedang tahu apa perasaan aku. Sungguh aku inginkan kau ada sentiasa bersama ku, Hmm takpe lah. Biarkan kau dgn dunia kau, hanya satu aku titipkan buat kau adalah doa ku. Agar kau sentiasa selamat disana. Jaga Diri mu sbb aku mungkin seorang yg tidak sempurna untuk menjaga mu. Aku merinduimu, jaga diri. Assalamualaikum.

Saturday, September 29, 2012

berhabuk :3

Assalamualaikum dan selamat malam. Lama dah aku biarkan blog aku berhabuk dgn segala mcm habuk dan virus yg sudah lama aku tak bersihkan :3 Yeah, katakan rindu pada blog comel ini :) Heeee

Okaylaa, lama dah aku tak talk, malam ni nak cakap yg aku saja je nak post benda yg suka suka. Okaylaa, mungkin ramai yg tertanya tanya, apa aku buat sekarang? Heee bila aku nak sambung belajar? kan? Dear mulot yg bertanya, dengar ya. Kalau anda sekadar bertanya okay, sesungguhnya aku terima tanpa banyak soal dah berbicara tetapi anda siap membuat satu benda yg aku rasa anda tak patot buat sbb masa depan saya, pelajaran saya adalah benda yg saya harus uruskan sendirian tanpa ada kata kata busuk dari mulot awak (; Okay. Sesungguhnya dari lubuk hati yg paling dalam aku mmg menginginkan untuk meneruskan pelajaran ku supaya aku tidak kelihatan sangat rendah dimata kau wahai manusia. Betul apa yg kau kata, tapi kau harus tahu bukan semua org terima apa yg kau katakan, dan kau sendiri bukan ahli keluarga aku yg terdekat bukan? Kau bukan sesiapa bagi aku bukan? Kau hanya seorang manusia yg hanya pandai menjawab dan membuat keputusan sendiri. kau tak sepatotnya begitu, kau faham kan? Aku punya seribu sbb kenapa aku tidak meneruskan pelajaran aku. bukan aku sengaja untuk tidak memajukan diri aku tetapi kau harus tahu aku bukan seorang manusia seperti kau. Kau harus faham itu manusia.

Okaylah, lupakan tentang manusia itu, Aku doakan yg terbaik buat dia. Bukan semua org sukakan dia dan dia perlu sedar apa kesalahan dia pada org juga bukan hanya tahu menyalahkan org dgn kesalahan dia :) Baiklah, selepas ini aku akan terus bekerja, meneruskan apa peluang buat diri ku :) Aku diberi peluang untuk menjaga dan bersama dgn anak anak Istimewa. Semua faham kan? Bukan semua org boleh lakukan seperti mana yg aku sedang alami. dan aku bersyukur sbb aku adalah kalangan yg bertuah sbb aku dapat merasa apa yg org lain tak dapat rasakan :) Alhamdulillah, mungkin Allah sudah menciptakan sesuatu yg baik buat aku. Amin, disini aku inginkan semua org sokong kerja mulia aku. insyaAllah, akan aku lakukan tugas ku dgn Ikhlas. Amin, jumpa di akhirat nanti. Assalamualaikum.

Tuesday, August 7, 2012

perasaan sedih );

Assalamualaikum sayang. Hmm tahu tak kenapa saya sedih? Bukan sbb mak abah, family, bf atau apa. Tapi sbb saya mungkin akan tinggalkan pekerjaan saya. Yeah, pekerjaan sekarang. Ya Allah, mcm mana hidup saya lepas ni? Saya nak sgt teruskan bekerja dalam sekolah tuh. 3 bulan saya duduk dan bekerja dalam sekolah tuh sungguh seronok dan bahagia. Tahu kenapa? Sbb saya dah mula sayang pada budak budak tuh semua. Sayang yg teramat sangat! Tak boleh nak gambarkan dah perasaan sayang ni. Hm Kalau boleh nak jee saya pergi jumpa guru besar. En, Kamsani, boleh tak saya nak teruskan contract saya selama 3 bulan lagi? Kalau boleh laa. Nak sangat jumpa guru besar dan cakap mcm tuh. Hmm Nanti kalau kak yana rindu korg semua mcm mana? Hm saya nak teruskan! Nak! Nak! awak dgr tak? Saya nak. Tapi saya tak boleh teruskan. sbb 11/9/2012 ni contract saya dah tamat. hmm sedihnya dia. Dia mcm mana ni? Org sedih sgt sgt!

Minta doa semuanya, Amin.